Khamis, 31 Disember 2015

.Sea Organ, Muzik Yang Dihasilkan Deburan Ombak

Muzik yang indah boleh dibuat tidak hanya dari alat muzik tertentu saja. Bahkan, benda-benda yang tidak diduga pun dapat menghasilkan muzik yang indah.

Salah satunya seperti yang terjadi di Zadar, Croatia. Di bandar ini dibina sekatan garis pantai yang biasa disebut Sea Organ atau Morske Orgulje.



Seperti alat muzik organ pada umumnya, Sea Organ juga boleh menghasilkan muzik yang indah. Menariknya, muzik tersebut terbentuk daripada gabungan antara seni bina bangunan dan ombak laut Adriatik.




Sekatan pantai tersebut direka oleh seorang arkitek yang pernah meraih anugerah, Nikola Basic. Nikola terinspirasi sistem hydraulis pada masa Yunani kuno.

Orang-orang pada masa itu menggunakan sistem paip dan air untuk menghasilkan suara. Air akan menekan udara di dalam paip dan membuat pelbagai nada hingga menjadi muzik yang menarik.







Ketika ini Sea Organ menjadi salah satu daya tarikan bagi pelancong yang datang ke Croatia. Ingin tahu bagaimana bunyi dari Sea Organ? Jom layan video berikut ini.


 
  zamrisponn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...