Tahukah anda, jarum yang kita gunakan hari ini mempunyai sejarah yang
cukup panjang? Berdasarkan kajian, jarum "tidak bermata" yang diperbuat
daripada tulang ikan dan burung, gading, kayu, gangsa, malah duri, telah
ditemui dalam puing Zaman Batu, ribuan tahun lalu. Jarum besi dan
gangsa pula ditemui pada puing zaman Mesir dan Rom purba.
Jarum keluli "bermata" atau berlubang seperti yang kita gunakan hari
ini, dipercayai pertama kali dibuat oleh penduduk China, dan dibawa ke
Eropah oleh bangsa Moor pada Zaman Pertengahan. Semasa pemerintahan Ratu
Elizabeth l, seorang berbangsa Jerman, Elias Grouse telah mengajar cara
membuat jarum kepada orang Inggeris. Kini, pengeluar jarum yang utama
di dunia adalah England dan Perancis.
http://myworknowledge.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan