Mat Salleh mempunyai satu kelemahan iaitu
mereka tidak boleh melihat matahari. Pantas matahari panas tegak atas
kepala mereka akan berubah menjadi biawak hidup dan melakukan mandian
mentari. Aneh sekali kerana mandian air biasa di waktu pagi mereka malas
gila nak buat sedangkan kejap sahaja jika dibandingkan dengan mandian
mentari. Di Paris Perancis setiap Julai dan Ogos akan diadakan Paris
Plages ataupun dalam bahasa ketuanan keris bermaksud"Pantai Paris".
Sebahagian tebing Sungai Seine di Bassin de le Vilette akan berubah
menjadi pantai buatan manusia. Acara tahunan ini telah dilakukan sejak
2002 bagi membolehkan warga Paris menikmati pantai dan mentarai walaupun
jauh dari laut.
Sumber Paris Plages/ pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan