Dalam kebaikan minyak yang ada, terselit juga kemudaratan seandainya
digunakan dalam kuantiti yang banyak. Kebaikannya ialah minyak dapat
menyalurkan sumber tenaga dengan cara paling mudah. Minyak juga memiliki
komponen yang akan membantu penyerapan vitamin seperti DHA, AHA, dab
beberapa vitamin lain yang amat penting untuk fungsi otak dan sel
membran.
Macam mana dengan keburukan? Anda patut tahu, minyak boleh menyumbang
kepada beberapa masalah utama seperti jantung dan obesiti. Tapi usah
risau, kita semak beberapa pandian ini:
2. Seelok-eloknya gunakan minyak baru untuk menggoreng.
3. Jangan biarkan sisa makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan mempercepatkan perubahan struktur molekul minyak.
4. Elakkan menggunakan minyak yang sudah rosak.
5. Minyak yang dihasilkan daripada sumber sihat juga boleh menjadi sebaliknya sekiranya dipanaskan pada suhu yang salah.
6. Semakin lama minyak digunakan semakin likat struktur minyak itu.
7. Jangan biarkan api menyala lama untuk memanaskan kuali, sebaliknya cepat-cepat masukkan bahan.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan