Amalan
minum air kosong perlu di terapkan sejak anak-anak kita kecil lagi.
Sebagai ibu kita perlu ingatkan anak-anak supaya kerap minum air supaya
mereka tak lupa. Anak-anak saya juga begitu. Mereka akan mintak air bila
mereka betul-betul rasa kering tekak.
Kebiasaannya
apa yang saya buat adalah saya cuba pastikan mereka minum air kosong
setiap sejam. Tapi kadang-kadang kalau saya sibuk sangat tak pun kelam
kabut dengan urusan lain terbabas juga. Anak anda ada masalah mahu minum
air kosong? Saya kongsikan 5 Tips Mudah Cara Ajar Anak Minum Air Kosong Dengan Rela Hati.
Tips #1
Pastikan
kita dan si kecil minum segelas air sejurus bangun daripada tidur pada
waktu pagi. Jadikan ini satu amalan dan tabiat keluarga.
Tips #2
Bawa
botol air kecil di dalam beg ke mana sahaja. Saya sendiri memang bawa
botol air kemana-mana pun. Ibu menyusukan bayi ni kerap sahaja haus.
Jadi anak-anak pun tumpang sekali.
Tips #3
Jadikan
tabiat untuk minum segelas air putih dengan setiap hidangan makanan.
Dengan erti kata lain, elakkan membancuh air manis seperti sirap dan
oren pada waktu makan.
Tips #4
Ingatlah
minum air sebelum rasa haus. Badan sebenarnya sudah mengalami
tanda-tanda dehidrasi sekiranya tekak terasa kering dan dahaga.
Ibu-ibu
harus mengambil berat pengambilan air terutama sekali jika cuaca panas,
anak-anak bersukan, bermain di bawah cahaya matahari dan demam.
Dehidrasi sangat bahaya kerana boleh mengganggu fungsi sistem badan.
Tips #5
Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air dalam sehari.
Selain
itu, anda boleh menarik minat anak-anak untuk minum air dengan cara
membeli botol air khas untuk mereka. Anda boleh membawa mereka ke
pasaraya dan membiarkan mereka memilihnya sendiri. Pasti mereka teruja!
Di
rumah pula saya memang khaskan sebuah jag kecil dan cawan bercorak
kartun untuk Aryan dan Aqif minum. Mereka akan menuang sendiri air
kosong dan minum apabila mereka perlukan.
Saya
pun boleh fokus pada kerja-kerja lain. Selain memberi mereka peluang
minum air, secara tak langsung saya meningkatkan kemahiran motor mereka
untuk fokus ketika menuang. Jadi mereka jadi lebih semangat untuk minum.
Alternatif
bagi cara di atas, ibu-ibu juga boleh letakkan air kosong atau botol
kecil di tempat yang senang di capai oleh anak-anak. Jadinya bila mereka
ternampak air tersebut, mereka akan kerap minum.
Itu
saja perkongsian saya buat kali ini. Semoga anda dapat melatih anak
anda minum air kosong dengan teratur. Jika anda dapati air kencing anak
anda terlalu pekat dan kuning, itu tandanya mereka perlukan lebih air
kosong. Selamat mempraktikkan tips di atas ya.
Semoga bermanfaat.
http://semulajaditerbaik.blogspot.my
anak2 sy pun suka mnm air kosong
BalasPadamanak puan berapa tahun ya?
BalasPadam