Setiap pasangan suami isteri mesti nak bahagia dalam rumah tangga kan,
Pertahan sampai hujung usia.
Tapi nak bahagia antara satu sama lain, tidak semua yang dapat rasa,
Kadang-kadang sebelah pihak yang rasa,
Kadang-kadang kedua-duanya dah tak bahagia walaupun usia perkahwinan baru setahun dua.
Namun, kita dapat kesan pasangan kita sama ada bahagia dengan kita atau tidak.
Bagi sang isteri, berikut ialah 20 tanda kita dapat lihat sama ada suami bahagia dalam perkahwinannya atau tidak:
1. Wajah suami sentiasa ceria dan bersih
2. Suami sihat, bersemangat dan bertenaga
3. Suami banyak bercakap dengan kita dan suka mengusik (bergurau senda) dengan kita
4. Suami menolong kita membuat kerja-kerja rumah
5. Apabila berlaku pergaduhan suami akan pujuk kita dahulu dan meminta maaf
6. Suami menolong keluarga kita dalam kesusahan
7. Suami memuji kita melalui ibu bapa kita, keluarga, anak-anak, kawan-kawannya, atau jiran
8. Suami suka keluar berjalan dengan kita berbanding dengan kawan-kawannya
9. Suami tidak boleh berjauhan dengan kita walau sehari
10. Suami ambil berat sakit demam isteri
11. Suami menangis sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada kita
12. Suami selalu bagi kejutan seperti hadiah. Tidak perlu tunggu birthday kita pun, dia bagi
13. Suami suka bermanja dengan kita macam kanak-kanak
14. Suami suka menyuruh kita membelainya sebelum tidur. Contoh gosok/urut badannya sebelum tidur
15. Suami suka makan di rumah berbanding di luar
16. Suami akan bertanya khabar kita walau sekali sewaktu di tempat bekerja melalui call atau sms atau berhubung dengan kita melalui whats app, we chat, line sekiranya outstation atau bekerja lama @ over time
17. Suami suka bersama kita di ranjang
18. Suami bersabar dengan karenah kita
19. Suami sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya untuk kebahagiaan rumah tangga kita
20. Naluri anda yang mengatakan suami anda bahagia dengan anda.
Oleh itu, semua tanda-tanda berikut ialah sesuatu yang lazim berlaku apabila suami bahagia dalam rumah tangganya.
Namun, setiap orang atau lelaki ada caranya tersendiri dalam menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri dan keluarganya.
Apapun yang penting sekali bagaimana suami mahupun isteri menguruskan rumah tangga supaya kekal bahagia hingga akhirnya & janganlah berharap sebelah pihak sahaja yang menjaga dan menyayangi seperti yang kita mahukan,
Kita juga mesti berusaha menjaga dan mengekalkan kebahagiaan tersebut dengan cara anda sendiri tetapi menjadi kesukaan pasangan kita,
Dan sememangnya toleransi atau tolak ansur dalam rumah tangga adalah sangat penting.
~the end~
Assalamualaikum....semoga perkahwinan kita semua akan kekal selamanya...
BalasPadammmg betul... kita sendiri boleh rasa & nampak kalau suami kita bahagia atau tidak.. lelaki ni susah nak sorok perasaan bila dengan isterinya
BalasPadam