Mengantuk pasti sering berlaku kepada seseorang terutamanya pelajar
ketika menghadirkan diri ke kelas mahupun ke dewan kuliah. Ini terjadi
kerana kurangnya tidur yang cukup pada sebelah malam.
Namun ada juga yang mendapat cukup tidur
tetapi masih mengalami masalah ini. Keadaan itu akan membuatkan
penumpuan seseorang terhadap pembelajaran di kelas atau kuliah semakin
berkurangan dan tidak konsisten.
Punca mengantuk pada waktu tengah hari boleh
dikaitkan dengan pelbagai sebab, antaranya kurang tidur pada waktu
malam, keletihan kerana pelbagai perkara, kurang oksigen di bahagian
otak dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa
cara yang boleh diambil bagi memastikan keesokan hari, kita dapat kekal
produktif dan bertenaga dalam menghadapi apa jua perkara.
Ruangan Kesihatan minggu ini berkongsi beberapa
tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan kita mengantuk pada waktu
siang, sekali gus memaksimumkan tenaga untuk menyelesaikan pekerjaan
yang sedang dilakukan. – www.webmd.com
Cukup tidur
Orang dewasa memerlukan tidur antara tujuh hingga
lapan jam setiap hari, manakala kanak-kanak dan remaja memerlukan tidur
sehingga sembilan jam sehari. Kadangkala pelbagai aktiviti yang
dijalankan pada sebelah malam terutamanya sebelum tidur misalnya
bercukur, melipat baju dan sebagainya mengambil masa tidur yang
sepatutnya. Jadi, pastikan segala kerja telah dilakukan dan tidur tepat
pada waktunya.
Tetapkan waktu
Cuba disiplinkan diri pada waktu tidur dan bangun
tidur agar perjalanan kehidupan kita akan lebih teratur dan bertenaga.
Penetapan waktu ini mampu memberikan kita masa tidur secukupnya dan
mengelakkan mengantuk pada waktu siang.
Makan ikut masa
Waktu makan adalah antara perkara yang akan
menentukan kita tidur dengan cukup serta memberikan kita tenaga
sepanjang hari. Makan pada waktu makan perlu dirancang dengan teliti
agar tidak mengganggu waktu tidur. Jika makan malam agak lewat, sudah
pasti kita akan tidur lewat, begitu juga waktu makan lain.
Senaman
Lakukan rutin senaman setiap hari
sekurang-kurangnya 30 minit sehari agar badan dapat mempunyai stamina
mencukupi pada waktu siang dan ia akan memudahkan seseorang itu dapat
tidur dengan cukup.
Jangan tidur jika belum mengantuk
Ramai orang beranggapan ketika badan letih adalah
masa yang sesuai untuk tidur tetapi sebenarnya, masa paling sesuai
untuk mula tidur adalah apabila kita mengantuk. Ini kerana ketika letih,
belum tentu mata dapat dilelapkan, membuatkan kita sukar tidur dan akan
menyebabkan badan terasa letih apabila bangun dari tidur.
Jangan tidur sekejap
Kadangkala ada di antara kita akan tidur sekejap
pada waktu petang untuk menghilangkan keletihan. Namun cara ini adalah
salah kerana ia akan mengganggu waktu tidur sebenar pada waktu malam.
Jadi, lebih baik lakukan aktiviti lain yang sesuai seperti bersenam dan
sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan