Gambar sekadar hiasan sahaja.
Apabila
Allah ta'ala telah buat keputusan bahawa hayat kita semasa didunia telah
sampai pada waktunya maka tiada apa lagi yang dapat mengubahnya. Oleh
sebab itulah kita mesti sentiasa mengingati kedatangan tarikh tamat
tempoh tersebut. Tarikh itu menjadi rahsia dalam rahsia Allah bagi
memastikan setiap jinn dan manusia sentiasa dalam keadaan siap-sedia
menghadapi maut. Berbeza dengan lain-lain makhluk seperti lembu atau
kambing atau semut atau pokok dan lain-lain, mereka tidak mengalami
penghisaban dan tiada soal jawab.
Apabila
kita dimasukkan kedalam kubur dan ditinggalkan bersaorangan maka
disitulah bermulanya perjalanan hidup kita yang sebenar. Kehidupan kita
semasa didunia hanyalah untuk menghadapi ujian bagi memastikan siapakah
diantara kita yang lebih baik amalannya bagi dihitung untuk diberi
balasan diakhirat.
Jadi,
perjalanan akhirat yang kitamulakan dari kubur adalah perjalanan yang
sangat panjang dan penuh realiti walhal kehidupan semasa didunia adalah
kehidupan yang memperdaya setiap jinn dan manusia dan ramai yang tewas
dengan tipu daya tersebut sehingga begitu ramai yang tidak layak
menerima balasan yang baik dari Allah ta'ala seperti yang telah
dijanjikan.
Semasa
hidup didunia kubur memerhati pergerakan kita dan berkata, 'Diantara
ramai manusia diatas muka bumi ini engkaulah yang aku cintai, hari ini
engkau telah diserahkan kepada aku dan aku ingin mengucapkan selamat
datang kepadamu dan engkau akan mendapat layanan istimewa daripadaku.'
Kemudian kubur akan meluas sejauh saujana mata memandang dan satu lubang
dari satu arah yang membawa bayu yang menyegarkan bercampur
harum-haruman akan masuk kedalam kubur tersebut dan damailah penghuninya
sehingga hari qiamat.
Disatu
pihak yang lain kubur berkata lain,'Diantara ramai manusia yang berjalan
diatasku engkaulah yang paling aku benci, hari ini engkau telah
diserahkan kepadaku dan tiada ucapan selamat datang untukmu bahkan
engkau akan mendapat layanan yang buruk dariku.' Kemudian kubur akan
menyempitkan ruang lalu menghimpit jasad sehingga tulang-tulang rusuk
berceragah antara tulang didada kiri dengan tulang didada kanan lalu
mengeluarkan bunyi berderap-derap dari tulang-tulang yang patah itu.
Kemudian api akan dinyalakan dibawahnya dan 70 ekor ular akan dilepaskan
kedalam kuburnya yang akan terus mematuk jasadnya sehingga hari qiamat.
Panjang setiap seekor ular tersebut ialah sebulan perjalanan, kepalanya
adalah sebesar kepala unta dan jika satu ekor dari ular tersebut
melepaskan bisanya kedunia nescaya sehelai rumput pun tidak akan dapat
hidup tumbuh lagi sehingga hari qiamat.
Jadi kiasan yang mudah kita faham begini;
Kubur
adalah satu terminal menunggu bas. Jika kita telah membeli tiket bas
ekpres awal-awal dengan tambang yang sesuai maka tempoh menunggu bas
tidak lama, bahkan bas akan mematuhi waktu perjalanan yang dijanjikan.
Kemudian apabila bas memulakan perjalanan kita mula tertidur sebab
kelembutan pemandunya mengendalikan bas ditambah hawa-dingin yang cukup
untuk membuatkan kita tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Beberapa
minit kemudian pemandu memmaklumkan bahawa sudah sampai. Wahh... enaknya
perjalanan.
Satu lagi
adalah terminal bas yang sama namun tiket dibeli agak lewat, mungkin
dari ulat tiket atau langsung tidak mempunyai tiket maka janji bas jam
9.00 malam boleh lajak sehingga 10.30 malam. Kemudian basnya pula
aircond rosak, bumbung bocor, dinding dan lantai juga bocor menyebabkan
airhujan serta asap enjin boleh masuk sampai membuatkan semua penumpang
batuk dan sesak nafas.
Distinasi
sebenar adalah sebuah pulau yang indah yang semua bercita-cita untuk
kesana namun ramai antara kita tertipu juga dengan sandiket tiket palsu
atau pakej yang menjanjikan penipuan dan kepalsuan. Sandiket ini pun
nanti akan kita jumpa dalam keadaan menundukkan muka. Waktu itu
ramai-ramai memaki hamun serta meludah mukanya namun dia akan
berkata,'Aku tidak memaksa kamu mengikut aku bahkan kamulah yang
terpedaya dengan bisikanku.' Lalu kesemua mereka menyesal dengan sesal
yang teramat sangat.
Setelah
sampai kedistinasi pertama (Padang Mahsyar) maka semua penumpang
menunggu giliran untuk urusan passport. Pemegang passport emas mempunyai
laluan khas dan ditanda dengan karpet merah. Pemegang passport biasa
mengikut laluan biasa dan harus bersesak-sesak. Namun ada lagi satu
kelompok pemegang passport emas tetapi mempunyai satu kelebihan yang
jarang ada pada kebanyakan orang, yakni kad visa VVIP.
Setelah
sampai giliran pemeriksaan passport maka beberapa soalan diajukan dan
terpaksa mengisi borang lagi kemudian jika tidak lulus saringan passport
pasti ditahan oleh pihak imigresen disatu pusat tahanan. Oleh kerana
terlalu ramai di pusat tahanan imigresen maka makanan dan minuman pasti
yang terburuk.
Semua
mereka yang lulus kini telah menaiki kapal. Ada yang dapat duduk kelas
pertama, ada yang kelas kedua dan banyak lagi kelas sehingga ada yang
bergayut pada tali-tali yang memegang layar kapal tersebut. Beberapa
orang yang tidak layak mendapat kelulusan kemasukan ke dalam kapal
terpaksa bergayut dibahagian belakang kapal yakni bahagian yang paling
bahaya.
Tatkala
kapal meninggalkan pelabuhan ramai yang jatuh dalam lautan yang dalam
itu, mereka lemas namun tidak mati. Perjalanan memakan masa seribu lima
ratus tahun penuh dengan badai ombak yang dahsyat, ramai lagi yang jatuh
lalu ditelan ikan cakok panas yang ekornya mempunyai rantai, yang
dengan rantai tersebut ia mendapatkan mangsanya. Mereka terperangkap
dalam perut ikan panas tersebut, keadaan gelap serta bunyi bising
teramat sangat disertai jeritan dan laungan penghuninya.
Bagi
mereka yang memegang kad VVIP mereka tidur dengan nyenyak dan dalam masa
kira-kira sama waktu ketika menunaikan dua rakaat dalam solat mereka
pun terjaga dan telah sampai tempat dituju lalu semua berkumpul
dihadapan beberapa buah pintu yang besar. Paling hadapan ialah seorang
yang mempunyai kad paling istimewa sedang mengetuk pintu.
Dum...dum...dum... kama penjaga tempat tersebut bertanya siapakah yang
mengetuk pintu itu lalu dijawab oleh ketua yang berada dihadapan
itu.'Aku... Muhammad s.a.w. yang mengetuk pintu.' Lalu terdengar suara
penjaga dari dalam, katanya,'Aku hanya akan membuka pintu untuk Muhammad
dan orang-orangnya sahaja kemudian barulah ketua-ketua yang lain
beserta orang-orangnya dibenarkan masuk.'
Wahh...
hebatnya kita. Kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w dan kitalah yang
akan mula-mula masuk kesyurga. Kaum-kaum yang lain yakni kaum dari Nabi
Isa a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi-nabi terdahulu
beserta dengan umat-umatnya diharamkan memsauki syurga kecuali semua
umat Muhammad s.a.w. masuk terlebih dahulu walhal jika dibandimgkan
mereka (umat terdahulu) dengan kita, kita inilah yang terkecil, mereka
besar-besar. Kitalah yang umur pendek-pendek walhal mereka umur panjang
sehingga ada yang mencecah hayat sehingga tiga ribu tahun.
Keistimewaan
yang Allah ta'ala berikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad
s.a,w, jangan kita abaikan, gunakanlah peluang tersebut untuk menempah
perjalanan yang selesa, siapkan bekalan untuk perjalanan yang panjang
itu. Pastikan dalam beg kita ada semua keperluan dalam perjalanan
seperti dukumen yang sah, sedikit makanan dan minuman, ubat-ubatan serta
beberapa helai pakaian. Kita harus memastikan semua bekalan mencukupi
sebelum kita bertolak kesana sebab tarikh dan waktu berlepas semua kita
belum tahu. So... kena sentiasa bersedia.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan