Masih ingatkan anda yang membesar di kampung pada zaman kanak -kanak ? Bila letih bermain seharian bersama rakan sekampung , pastinya salah satu pilihan untuk menghilangkan dahaga adalah dengan menghisap aiskrim malaysia yang didatangkan dengan pelbagai perisa . Artikel kali ini Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ?
Pastinya di kampung , aiskrim malaysia ini didapati di kedai runcit
atau rumah perseorangan yang menjadi sasaran tempat mendapatkan aiskrim
ini . Memang sungguh nikmat dengan pilihan pelbagai perisa yang beharga
10 sen sahaja sebatang pada zaman itu. Antara plastik pembungkus aiskrim
yang popular adalah daripada cap kingkong.
Jom kita intai antara lagenda perisa aiskrim malaysia pada satu zaman dahulu .
1 . Askrim kacang hijau
Ini perisa yang kami rasa umum dan didapati di mana-mana tempat .
Resepi utama adalah bubur kacang hijau . Kenikmatan jelas terasa dengan
rasa bubur yang manis pekat bersantan dan ditambah dengan rasa sejuk
aiskrim . Memang nikmat untuk budak kampung yang penat bermain seharian.
2. Aiskrim Jeruk Mangga
Siapa yang tak pernah rasa perisa mangga jeruk ? Biasanya mudah
diperolehi apabila musim mangga ringan di kampung yang banyak dan mudah
didapati . Dalam sebatang aiskrim , satu atau dua hirisan sudah memadai
kerana air jeruknya lebih nikmat daripada mangga itu sendiri .
3. Aiskrim Sirap Bandung
Aiskrim sirap bandung menjadi pilihan bila musim buah mangga sudahpun
kehabisan. Jadi sirap bandung adalah pilihan untuk hilangkan dahaga .
Biasanya rasa manis datangnya dari gula bukan dari susu . Heee
4. Aiskrim Milo
Jangan ingat aiskrim milo tiada dalam senarai aiskrim malaysia ini.
Rasa yang sejuk dan bercoklat adalah penarik bagi kami sewaktu
kanak-kanak. Yelah , susah nk minum milo di rumah kerana kami asalnya
dari keluarga yg sederhana. Jadi aiskrim ini adalah salah satu pengubat
rasa terliurnya.
5. Aiskrim Asam Masin
Ini salah satu lagi antara perisa yang ada di semua tempat yang kami
rasa. Rasa nya tak perlu diberitahu lagi . Semua orang tahu rasa manis,
masam dan masin memang menghilangkan dahaga .
Dan ini adalah pilihan no 1 diantara kebanyakan kami .
Dan ini adalah pilihan no 1 diantara kebanyakan kami .
6. Aiskrim Jagung
Ini perisa yang tuan penjual buat untuk pelbagaikan koleksi jualan
aiskrim malaysianya. Apa yang kami perhatikan , perisa ini lambat habis
berbanding yang lain. Mungkin disebabkan pada zaman kanak-kanak kami
lebih suka perisa yang lain. Anda bagaimana ? Suka perisa ini ?
Jadi Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ? Memang menarik
kan pada zaman kanak-kanak kita dahulu. Selepas ini , boleh lah kita
buat semula aiskrim aiskrim ini. Yeay .
Kalau anda rasa aiskrim malaysia ini membuat anda teringat pada zaman
kanak -kanak , bolehla share kepada rakan-rakan . Jom makan aiskrim
malaysia.
http://daridapur.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan