Gambar sekadar hiasan sahaja
Dikatakan
Titian Sirat memakan masa seribu lima ratus tahun dalam keadaan amat
gelap. Dibawahnya pula ngauman Jahannam amat menggerunkan. Apabila
diseru nama seseorang kerana giliran melintasnya sudah tiba dan apabila
beridirinya ia dipermulaan Titian Sirat itu maka keringlah seluruh darah
yang ada dalam tubuh badannya oleh kerana terlalu gerun. Walhal dalam
masa yang sama dihadapan sudah jelas kelihatan berjuta-juta manusia
terjatuh kedalam ngauman Jahannam dengan jeritan yang berpanjangan
sambung bersambung.
Umalak
bagitau laluan yang gelap itu sehalus rambut dibelah tujuh dan tajam
lebih dari mata pedang sedang kita dalam keadaan tidak dapat melihat
titian tersebut maka dikala itulah nur dari amalan kebaikan dan amal
ibadah yang kita lakukan semasa didunia hadir untuk membantu kita. Nur
ini datang dari bacaan al Quran kita, zikir, puasa, sedekah dan
lain-lain.
Golongan
pertama yang melintas sepantas kilat pasti bertuah, mudah-mudahan aku
salah seorang daripada golongan tersebut. Golongan kedua melintas pantas
umpama burong yang terbang. Golongan ketiga yang melintas sepantas kuda
yang berlari. Golongan seterusnya umpama orang yang berlari. Golongan
keempat umpama orang yang berjalan dan golongan kelima umpama orang yang
merangkak.
Golongan
kedua walaupun selaju kuda yang berlari namun cakok-cakok yang tajam
yang sentiasa berayun dari ngauman Jahannam yang amat panas akan cuba
mencakok dan menjatuhkan setiap orang yang melintas diatas titian
tersebut. Ini semua bergantung kepada amal ibadah yang dilakukan semasa
hidup didunia, jika amal ibadahnya baik maka cakok-cakok tersebut tidak
dapat menyentuhnya. Nabi s.a.w. bagitau ada ramai orang yang selamat
sampai keseberang titian dalam keadaan luka parah akibat terkena cakok
Jahannam tersebut.
Jadi hari
ini aku bertanya kepada diriku sendiri sudahkah baca al Quran? Jangan
jawab saya dah qatam, sejak kecil sudah empat kali qatam. Bukan itu
jawapannya. Al Quran untuk dibaca setiap hari, bukan banyak manapun,
cuma 600 muka surat.
Enam
ratus (600) muka surat jika setiap hari baca dua (2) muka surat pasti
dalam masa sebulan boleh capai enam puloh (60) muka surat, dan dalam
tempoh sepuloh (10) bulan yakni sebelum datangnya Ramadhan 1437 pasti
kita boleh qatam. Sambung lagi dalam bulan Ramadhan baca dua puloh (20)
muka surat maka sudah pasti dalam satu tahun dapat qatam dua kali. Tak
susah mana sangat pun kan!
Tapi
selalunya kita ditipu oleh syaitan laknatullah untuk membisikkan kehati
kita .... ahhh... esok sajalah. Walhal esok belum tentu kita masih ada.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan