Gambar kadar hiasan sahaja.
Lapan
belas ribu makhluk yang Allah ta'ala cipta hanya manusia dan jinn
sahaja yang tahu berbuat dosa dan maksiat, sedangkan makhluk-makhluk
yang lain langsung tidak tahu menderhakai Allah s.w.t.
Makhluk-makhluk yang
bernyawa seperti, burong, ikan, kucing, ayam dan itek serta makhluk
yang tidak bernyawa seperti pokok, rumput, batu-batu dan lain-lain
sentiasa berzikir dan tidak pandai melakukan penderhakaan terhadap Allah
ta'ala.
Sebab itulah sewaktu
Allah ta'ala perintahkan Malaikat untuk mengambil sedikit tanah yang
ada dibumi untuk dijadikan manusia maka bumi tidak mengizinkan. Beberapa
Malaikat yang lain turun kebumi satu demi satu untuk tujuan yang sama
secara bergilir-gilir namun semuanya gagal mendapatkan tanah yang
diperlukan sehinggalah tiba giliran Malaikat Izrael.
Ketika mana Malaikat
Izrael ingin mendapatkan sedikit tanah tersebut bumi menegur serta
melarang Izrael dari mengambil sebahagian darinya. Kata bumi, 'Aku tidak
izinkan kamu mengambil sebahagian dari aku untuk dijadikan manusia
kerana manusia akan melakukan kerosakan dimuka bumi dan menderhakai
Allah s.w.t.'
Lalu dijawab oleh
Malaikat Izrael, 'Aku juga tidak ingin menderhakai perintah Allah ta'ala
untuk mendapatkan sedikit bahagian dari kamu.' Lalu Malaikat Izrael
telah mengambil beberapa bahgian dari bumi dengan berbagai jenis serta
warna dari berbagai tempat dan membawa balik ke Arash untuk diserahkan
kepada Rabb.
Setelah Allah ta'ala
menciptakan manusia yang diberi nama Adam maka Allah perintahkan semua
MalaikatNya sujud kepada Adam tetapi cuma satu Malaikat yang tidak mahu
sujud pada Adam sebab Adam dijadikan dari tanah sedangkan Malaikat
dijadikan dari cahaya. Malaikat tersebut adalah Azazil dan atas sebab
itulah ia ditukar namanya kepada Iblis.
Diringkaskan sedikit
cerita maka Adam a.s. dan isterinya Hawa hidup senang lenang dalam
syurga. Makan dan pakai nikmat syurga yang jauh lebih baik dari apa yang
ada didunia. Namun kenikmatan itu tidak kekal lama sebab larangan Allah
ta'ala terhadap Adam a.s. dan Hawa telah dilanggar oleh mereka berdua
maka selepas memakan buah quldi mereka mula rasa seperti hendak
mengeluarkan sesuatu dari lubang dubur masing-masing lalu Allah
berFirman kepada mereka bahawa disyurga tidak ada tempat untuk buang air
kecil ataupun air besar. Maka mereka terksa turun kedunia dengan
keadaan tanpa pakain sebab pakaian dari syurga juga sudah dilenyapkan
dari jasad mereka.
Kedatangan Adam a.s.
dan isterinya Hawa kedunia telah menyebabkan zuriat mereka
berkembang-biak. Disyurga dulu mereka tidak mendapat zuriat. Lalu zuriat
yang berkembang itu telah mula menderhakai Allah ta'ala dan oleh kerana
sifat Allah ta'ala yang amat sayang kepada makhluk-makhlukNya maka
Allah tidak mahu makhlukNya itu apbila kembali kepadaNya semula terpaksa
dimasukkan dalam api neraka.
Dengan sifat Rahim
itulah Allah s.w.t. telah mengutus ratusan ribu para Nabi dan Rasul
bertujuan untuk menyelamatkan manusia dari neraka jahannam (a'uzubillah)
dan Allah telah beri kepada para Nabi a.s. dan Rasul-rasul a.s.
tersebut begitu banyak suhuf yang menerangkan cara bagimana yang
sebenarnya harus diikuti oleh manusia untuk kembali semula kepada Allah.
Allah ta'ala juga menerangkan
dalam suhuf-suhuf tersebut tentang hidup didunia yang sementara dan
hidup diakhirat yang kekal dan abadi. Juga Allah sebut dalam beberapa
suhuf-suhuf terakhir seperti Al Quran untuk Nabi Muhammad s.a.w. serta
Injil kepada Nabi Isa a.s. dan Taurat kepada Nabi Musa a.s. bahawa Allah
ta'ala menjadikan maut itu adlah sebagai ujian untuk mengetahui dan
mengukur siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya, untuk
kemudiannya dimasukkan semula kedalam syurga seperti asal nenek moyang
mereka yakni Nabi Adm a.s.
Sejak zaman Nabi Adam a.s.
sehinggalah kepada Nabi kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. sejumlah seratus
dua puloh empat ribu (124,000) para Nabi-nabi serta para Rasul telah
Allah utuskan kepada manusia untuk tujuan mentauhidkan 'Laillaha
ilallah'. Berbagai kesusahan serta penderitaan telah dialami oleh mereka
dalam menjalankan misi dakwah dan ada diantara mereka yang dibunuh
serta digergaji sehingga terbelah dua.
Semuga dengan penulisan yang
ringkas ini dapatlah kita mengembalikan semula kefahaman kita tentang
maksud Allah s.w.t. hantar kita kedunia.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan