Nampaknya penggunaan noktah mungkin tidak lagi relevan di dalam kehidupan virtual kita sehari-hari.
Menurut satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Binghamton
yang diketuai oleh Professor Celia Klin, penggunaan noktah pada hujung
perkataan di dalam mesej teks(texting) akan membuatkan si penghantar itu
kelihatan tidak jujur.
Sebagai contoh, jika anda dan pasangan anda bergaduh, anda akan dilabel
tidak jujur dengan jawapan yang anda berikan jika menggunakan noktah.
Pasangan : Nanti jangan buat lagi tau.
Anda : Ok.
Pakar psikologi dari universiti tersebut menjalankan kajian itu ke atas
126 orang pelajar, yang dikehendaki membaca & membalas beberapa
mesej di atas skrin(texting) atau bertulis.
Di dalam kajian pertukaran mesej itu, penghantar mesej diperlukan untuk
memberi satu soalan jemputan kepada penerima; sebagai contoh : "Saya ada
satu tiket wayang lebih. Nak ikut?'.
Penerima mesej berkenaan pula diperlukan membalas mesej-mesej berkenaan
dengan menggunakan hanya satu patah perkataan seperti contoh "Okay",
"Baik", "Yeah" atau "Yup".
Separuh dari pelajar-pelajar itu membalas dengan menggunakan tanda noktah pada hujung ayat manakala separuh lagi sebaliknya.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, mesej teks(texting) yang berakhir
dengan tanda noktah disifatkan kurang jujur berbanding dengan mesej teks
yang tidak berakhir dengan tanda noktah.
Sebaliknya, pelajar-pelajar yang menggunakan kaedah bertulis melaporkan
biarpun mesej itu berakhir ataupun tidak berakhir dengan noktah, mereka
masih merasa ianya jujur.
Hasil dari ujian ini mencadangkan penggunaan tanda baca di dalam mesej
teks(bertaip) boleh menyampaikan mesej yang tidak tepat kepada penerima.
"Di dalam dunia texting dan IMing... cara untuk menghabiskan(satu-satu
ayat) adalah dengan berhenti begitu sahaja, tanpa sebarang tanda baca.
"Dengan meletakkan satu noktah bermakna pembaca perlu memahami kenapa
anda melakukannya. Apa yang mereka akan simpulkan(dengan penggunaan
noktah) adalah seperti 'Ini adalah yang terakhir, ini adalah pengakhiran
kepada perbualan ini atau ini sahaja yang terakhir yang mampu aku
berikan'", kata Klin.
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan