Mungkin ramai yang tidak percaya dengan makan amal beberapa jenis buah,
perut buncit akan jadi kempis. Namun ini adalah satu rahsia dan cara
yang betul untuk anda dapatkan kesan lebih cepat. Berikut 5 jenis buah
diet yang efektif membantu menghilangkan perut buncit jika anda rajin
makan dalam 15 hari sahaja.
1. Tembikai
Buah kaya air ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, yang
sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh badan yang
menyebabkan perut kembung.
2. Pisang
Pisang yang kaya kalium/potasium boleh mencegah terbentuk gas di dalam
perut atau membantu mengeluarkan angin. Pisang juga membuat perut
kenyang sehingga anda mampu kawal makan berlebihan.
3. Avokado
Avokado kaya enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, iaitu membantu
memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus
sehingga mencegah angin di dalam perut.
4. Nenas
Buah nenas kaya enzim bromelain yang dapat membantu mencegah
terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut
kempis. Buah nenas juga mampu membersihkan usus dari lemak yang
berkumpul dan sisa lain di dalam pencernaan kerana jenis berserat. Malah
nenas juga kaya kalium yang membantu membuang air yang ada di dalam
perut.
5. Betik
Jika pencernaan bagus, perut anda tidak mudah kembung dan buncit. Kalau
amal makan betik, sistem pencernaan anda tidak akan terganggu dan
tahukah anda betik muda lebih banyak enzim sehingga mampu membersihkan
sistem pencernaan.
Wanita, bukan mudah kita nak tolak tepi nasi. Tambah pula kalau jenis
lidah Melayu. Namun kalau anda mahu perut kempis lebih cepat, kena
pastikan 5 jenis buah ini ada di dalam peti. Buah-buahan tersebut juga
sangat bagus dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan