LILIN
boleh dianggap sebagai penyelamat keadaan kerana boleh dijadikan sumber
cahaya alternatif sekiranya terputus bekalan elektrik.
Malah, ianya dikatakan boleh memberi kesan yang lebih buruk daripada rokok.
Menurut laporan boldsky.com, lilin mengandungi sekurang-kurangnya 20 jenis racun seperti trikloroetana, aseton, xylene, fenol, kresol dan klorobenzena yang boleh mengakibatkan barah, pelbagai alahan kepada paru-paru serta kerosakan organ tubuh termasuk otak.
Kandungan parafin dalam lilin juga boleh mengakibatkan masalah pernafasan dan semput.
Selain itu, asap lilin boleh menyebabkan gangguan paru-paru, tumor ginjal dan sakit kepala kepada segelintir individu.
Paling menggerunkan, risiko paling buruk boleh berlaku berpunca daripada lilin adalah penyakit barah.
Bagi yang menggunakan lilin dengan bau-bauan tiruan, ianya boleh menimbulkan reaksi alahan seperti kegatalan di saluran pernafasan.
Langkah yang boleh mengurangkan risiko bahaya tersebut adalah memastikan terdapat aliran udara di ruangan yang diletakkan lilin.
Pengguna juga perlu peka jika lilin mengeluarkan bauan seperti minyak diesel kerana dikhuatiri ianya mengandungi bahan kimia berbahaya benzena dan toluena.
MUMMYNEMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan