Terselamat dari Kematian kerana Assalamualaikum.
Terdapat seorang perempuan bekerja di kilang daging yang suka memberi
salam ketika hadir bekerja. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan
tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib
nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari
dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Walaupun
dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang
dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah
mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di
luar bilik sejuk.
5 jam kemudian,
sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang
tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia
terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu
bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu
walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.
Pakcik
itu menjawab : “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan
terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak
adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan
menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda
meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya
tidak pernah wujud.
Hari ini,
sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya
menyapa saya dengan sapaan ringkas “ASSALAMUALAIKUM”. Tetapi malam ini
selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar
sapaan “ASSALAMUALAIKUM” . Jumpa lagi esok. Jadi, saya merasakan saya
perlu check di sekitar kilang.
Setiap
hari saya akan mengharap sapaan “ASSALAMUALAIKUM” dari anda kerana anda
mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar
ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu
yang terjadi. Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.
Pengajaran untuk diri :
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan.
Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.
jiwarosak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan