Masalah sembelit selepas bersalin memang boleh jadi trauma paling teruk kepada ibu yang baru melahirkan bayi.  Ada yang terpaksa bertarung dengan masalah sembelit sehingga berlanjutan beberapa minggu lepas bersalin.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah sembelit berlaku. Kebanyakan disebabkan oleh masalah tidur tak cukup, kurang bersenam dan pengambilan makanan berkhasiat yang kurang memuaskan.


Ada ibu selepas bersalin yang menyekat pengambilan air dan sesetengah makanan berkhasiat. Ini mengganggu kelawasan mereka membuang air besar. Masalah sembelit boleh diatasi dan mengelakkan kesakitan sewaktu membuang air besar dengan melakukan sedikit perubahan dalam diet seharian.

Amalan mengambil makanan yang kaya dengan serat adalah cara termudah dan paling dipercayai untuk mengembalikan fungsi sistem penghadaman kembali normal.


Pastikan anda mengikut matlamat untuk mendapatkan 15 hingga 20 gram serat setiap hari dengan memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kekacang, bijirin, roti dan lain-lain di samping memakan jenis makanan yang lain seperti biasa.

Berikut adalah antara makanan yang kaya dengan serat dan mesti dimakan jika tidak mahu mendapat masalah sembelit.

1. Kacang hitam (dimasak) 1 cawan = 15g serat

2. Sayur campuran 1 cawan = 8g serat

3. Bran oat (dimasak) 1 cawan = 5.7g serat

4. Pir saiz sederhana 1 biji = 5.1g serat

5. Brokoli (dimasak) 1 cawan = 5.1g serat

6. Strawberi (segar) 1 cawan = 4.8g serat

7. Lobak merah (dimasak) 1 cawan = 4.7g serat

8. Kentang bakar (termasuk kulit) 1 biji = 4.4 g serat

9. Oatmeal (dimasak) 1 cawan = 4g serat

10. Epal saiz sederhana 1 biji = 3.3g serat

11. Pisang 1 biji = 3.1g serat

12. Prun kering 5 biji = 3g serat

13. Aprikot kering 5 biji = 2.6g serat

14. Roti gandum 1 keping - 1.7g serat
pama