Khamis, 17 Disember 2015

Khasiat Dan Manfaat Jambu Biji

Jambu biji mungkin semakin kurang dikenali sekarang kerana pokoknya jarang ditemui. Malah jika ditemui sekali pun, bebudak sekarang sudah tidak suka memakannya. Tidak seperti dulu di mana ianya dijadi sebagai makanan buahan harian. Betapa ruginya kerana buah jambu biji ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada diri kita.

Jambu biji atau dalam bahasa latinnya Psidium guajava L hanya popular ketika penyakit demam berdarah merebak. Padahal, buah jambu biji yang kaya dengan vitamin C ini mempunyai banyak khasiat kesihatan yang belum banyak diketahui orang.

Antara 10 khasiat buah /daun jambu biji ialah:


1. Mencegah kanser
Jambu biji mengandung antioksidan pelawan kanser, likopen. Likopen dalam jambu biji lebih mudah diserap tubuh berbanding yang berasal dari tomato kerana perbezaan dalam struktur selnya. Konsumsi likopen yang cukup sangat berpengaruh pada penurunan risiko kanser prostat pada lelaki. Semua jenis jambu biji mengandungi antioksidan yang tinggi, terutama pada jambu biji berdaging merah.

2. Menurunkan hipertensi
Jambu biji adalah buah yang sebaiknya rutin diambil jika anda ingin menghindar dari serangan jantung. Buah ini menjadi hipoglikemik di alam dan kaya dengan serat yang bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Selain itu, jambu biji berukuran sedang boleh mencukupi 20 peratus keperluan harian tubuh akan potasium. Kajian juga menunjukkan rutin mengambil potasium boleh menurunkan tekanan darah.

3. Mengubati cirit-birit
Tanaman jambu biji mempunyai astringen, bahan kimia yang akan menyusutkan rangkaian tubuh. Ini sebabnya gusi akan terasa lebih keras dan segar setelah kita mengunyah jambu biji. Selain itu daun jambu biji juga mengandung zat antibakteri sehingga boleh menghalang pertumbuhan bakteria saat terkena disentri. Pembunuh bakteria lain dalam buah ini adalah karetinoid, vitamin C dan potasium.

4. Batuk dan selsema
Daun jambu biji yang dimakan mentah atau buah yang masih mentah yang dibuat jus dipercayai secara turun temurun sebagai ubat mengatasi batuk dan selsema. Ramuan ini
khasiat daun jambu biji
Daun jambu juga mempunyai khasiat kesihatan
bekerja dengan cara mengurangkan pembentukan lendir serta membuat saluran pernafasan tidak jangkitan. Buah jambu biji juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang berkesan untuk menghalang jangkitan virus flu.

5. Merawat kulit
Kandungan astringet dalam jambu biji akan meningkatkan tekstur kulit dan memejalkan kulit yang mulai kendur. Bukan hanya itu jambu biji juga mengandung vitamin A, C dan potasium yang mempunyai fungsi sebagai antioksidan. Nutrisi ini akan membantu proses detoksifikasi dan menjaga kulit tetap sihat serta tidak keriput.

6. Mencegah sembelit
Kandungan serat yang tinggi dalam jambu biji berkesan untuk mencegah sembelit atau konstipasi. Buah jambu biji saiz sedang mengandung 36 peratus keperluan serat yang disyorkan. Selain itu, biji buah ini juga menjadi laksatif yang ampuh yang berfungsi untuk membantu membersihkan sistem pembuangan usus.

7. Diabetes
Menurut kajian yang dilakukan pada tikus, baik buah-buahan dan daun jambu biji boleh membantu menurunkan kadar gula darah.

8. Menurunkan berat badan
Buah ini mempunyai komponen-komponen yang diperlukan untuk menurunkan berat badan, contohnya serat, protein dan vitamin. Buah ini juga membuat perut terasa lebih kenyang. Jambu biji berukuran sedang yang diasup saat makan siang sudah cukup untuk mengganjal perut sampai makan malam.

9. Sariawan perut
Vitamin C yang terkandung dalam jambu biji empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan vitamin C yang terdapat dalam limau. Selain itu, buah ini juga menjadi ubat yang ampuh untuk sariawan perut, penyakit yang bertanda gusi bengkak dan berdarah.
10. Merawat gigi
Pengambilan jus jambu biji untuk merawat gusi, mengatasi gusi bengkak dan berdarah…
panduan percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...