Jambu biji mungkin semakin kurang dikenali sekarang kerana pokoknya
jarang ditemui. Malah jika ditemui sekali pun, bebudak sekarang sudah
tidak suka memakannya. Tidak seperti dulu di mana ianya dijadi sebagai
makanan buahan harian. Betapa ruginya kerana buah jambu biji ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada diri kita.
Jambu biji atau dalam bahasa latinnya Psidium guajava L
hanya popular ketika penyakit demam berdarah merebak. Padahal, buah
jambu biji yang kaya dengan vitamin C ini mempunyai banyak khasiat
kesihatan yang belum banyak diketahui orang.
Antara 10 khasiat buah /daun jambu biji ialah:
1. Mencegah kanser
Jambu biji mengandung antioksidan pelawan kanser, likopen. Likopen
dalam jambu biji lebih mudah diserap tubuh berbanding yang berasal dari
tomato kerana perbezaan dalam struktur selnya. Konsumsi likopen yang
cukup sangat berpengaruh pada penurunan risiko kanser prostat pada lelaki. Semua jenis jambu biji mengandungi antioksidan yang tinggi, terutama pada jambu biji berdaging merah.
2. Menurunkan hipertensi
Jambu biji adalah buah yang sebaiknya rutin diambil jika anda ingin menghindar dari serangan jantung. Buah ini menjadi hipoglikemik
di alam dan kaya dengan serat yang bermanfaat untuk menurunkan tekanan
darah dan kadar kolesterol. Selain itu, jambu biji berukuran sedang
boleh mencukupi 20 peratus keperluan harian tubuh akan potasium. Kajian
juga menunjukkan rutin mengambil potasium boleh menurunkan tekanan
darah.
3. Mengubati cirit-birit
Tanaman
jambu biji mempunyai astringen, bahan kimia yang akan menyusutkan
rangkaian tubuh. Ini sebabnya gusi akan terasa lebih keras dan segar
setelah kita mengunyah jambu biji. Selain itu daun jambu biji juga mengandung
zat antibakteri sehingga boleh menghalang pertumbuhan bakteria saat
terkena disentri. Pembunuh bakteria lain dalam buah ini adalah karetinoid, vitamin C dan potasium.
4. Batuk dan selsema
Daun
jambu biji yang dimakan mentah atau buah yang masih mentah yang dibuat
jus dipercayai secara turun temurun sebagai ubat mengatasi batuk dan
selsema. Ramuan ini
bekerja
dengan cara mengurangkan pembentukan lendir serta membuat saluran
pernafasan tidak jangkitan. Buah jambu biji juga kaya dengan vitamin C
dan zat besi yang berkesan untuk menghalang jangkitan virus flu.
5. Merawat kulit
Kandungan astringet
dalam jambu biji akan meningkatkan tekstur kulit dan memejalkan kulit
yang mulai kendur. Bukan hanya itu jambu biji juga mengandung vitamin A,
C dan potasium yang mempunyai fungsi sebagai antioksidan. Nutrisi ini
akan membantu proses detoksifikasi dan menjaga kulit tetap sihat serta
tidak keriput.
6. Mencegah sembelit
Kandungan
serat yang tinggi dalam jambu biji berkesan untuk mencegah sembelit
atau konstipasi. Buah jambu biji saiz sedang mengandung 36 peratus
keperluan serat yang disyorkan. Selain itu, biji buah ini juga menjadi
laksatif yang ampuh yang berfungsi untuk membantu membersihkan sistem
pembuangan usus.
7. Diabetes
Menurut kajian yang dilakukan pada tikus, baik buah-buahan dan daun jambu biji boleh membantu menurunkan kadar gula darah.
8. Menurunkan berat badan
Buah
ini mempunyai komponen-komponen yang diperlukan untuk menurunkan berat
badan, contohnya serat, protein dan vitamin. Buah ini juga membuat perut
terasa lebih kenyang. Jambu biji berukuran sedang yang diasup saat
makan siang sudah cukup untuk mengganjal perut sampai makan malam.
9. Sariawan perut
Vitamin
C yang terkandung dalam jambu biji empat kali ganda lebih tinggi
berbanding dengan vitamin C yang terdapat dalam limau. Selain itu, buah
ini juga menjadi ubat yang ampuh untuk sariawan perut, penyakit yang
bertanda gusi bengkak dan berdarah.
10. Merawat gigi
Pengambilan jus jambu biji untuk merawat gusi, mengatasi gusi bengkak dan berdarah…
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan