Home Klik Di Bawah

Rabu, 27 Januari 2016

Bonus Wanita Yang Tak Suka Pakai Makeup

14 Bonus Wanita Yang Tak Suka Pakai Makeup

Jarang wanita tak suka bermain dengan alat solek. Tambah pula kalau tengok kulit wajah semakin bermasalah dan kusam. Sebenarnya seronok juga guna alat solek, tengok wajah sendiri berubah jadi lain.
 
 
Tapi tahukah anda banyak kelebihan orang yang tak bersolek. Artikel ini kongsi 14 bonus bagi anda yang tak suka sapu makeup di wajah, jom semak!
 
 
1. Jimat duit 
Sudah tentulah anda boleh berjimat. Bukan murah nak beli alat makeup, lagi pula kalau nak cari yang sesuai dengan kulit wajah. Harus pakai duit lebih. Anggaran untuk sebulan bahagian bibir saja pun dah beratus. Jadi mana yang tak bersolek, confirm boleh menabung lebih!
 
 
2. Kulit lebih sihat
Kulit boleh elak daripada masalah jerawat atau jeragat. Alat makeup pun ada yang mempunyai bahan kimia, jadi jika kulit tidak ditutup dengan bahan solekan, kulit boleh bernafas bebas, bukan? 
 
 
3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup, anda rasa alat solek bukan keperluan.
 
 
4. Tak kotorkan baju
Sakit hati juga kalau tetiba makeup terkena baju. Nak kena cuci pun ada caranya. Tapi kalau tak guna makeup, tak payah nak fikir masalah ini. 
 
 

 
 
5. Boleh terus tidur
Tidur anda akan lebih nyenyak saat tak menggunakan makeup. Yelah, anda tak perlu fikir tentang masalah jerawat atau noda hitam yang akan timbul.
 

 
6. Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was. Dan untung juga waktu anda tidak akan banyak terbuang hanya untuk membersihkan wajah.
 
 
7. Peluh bukan satu masalah
Cuaca panas dan anda pula berpeluh? Masa ni tak perlu nak risau makeup tu cair. Bebas makeup, bebas masalah!
 

 
8. Gosok mata sesuka hati
Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau anda tak menggunakan makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.
 
 
9. Terus masuk bilik tidur
Kadang dah balik lewat dan penat, anda tak perlu bimbang jika tertidur dengan makeup di wajah.
 
 

 
10. Mata tak sakit
Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan maskara atau eyeliner. Eh, pernah terjadi tau!
 
 
11. Tak payah tahan kalau nak menagis
Bila-bila masa saja anda boleh menangis, tak perlu nak risau wajah anda bertukar jadi macam badut jika solekan anda bukan kalis air. 
 
 
12. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin. 
 
 

 
 
13. Tona kulit serata
Warna kulit wajah anda akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana anda tak pakai bedak asas yang salah.
 
 
14. Rasa yakin dan tidak malu
Anda akan lebih yakin dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung lelaki akan nampak kecantikan sebenar anda.
 


 
Macam mana ya wanita, anda masih rasa kurang yakin kalau tak makeup? Tak perlu berlebihan jika pasangan anda suka kulit wajah anda bebas m
mingguan wanita

1 ulasan: