Home Klik Di Bawah

Rabu, 27 Januari 2016

Resepi - Serunding Ketam

Isi ketam tidak perlu disiat-siat kerana ia akan terurai semasa mengacau. 

hiasan

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam | direbus, pecahkan dan ambil isinya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
350gm cili kering
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun limau purut | dirampai halus
1 biji kelapa parut
50ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, daun limau purut dan serbuk kunyit sehingga naik bau dan garing.
2. Kemudian, tuangkan santan dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Kacau sebati.
3. Tuangkan kelapa parut dan masukkan isi ketam. Masak dan kacau sehingga kering dan berminyak. Boleh dinikmati bersama nasi atau roti.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan