Siapa suka makan begedil daging ? Kalau saya, saya suka makan bersama meehon / mee sup atau ratah je panas-panas sambil cicah cos. Memang sedap kan rasa bedegil yang penuh dengan daging ?
Okey rupanya senang je cara untuk buat Begedil Penuh Rasa Daging ni . Jom kita lihat .Bahan-Bahan Begedil Penuh Rasa Daging
1 kg Ubi Kentang250 gram Daging Cincang Ramly ( kalau nak gunakan daging burger pun boleh dan lagi sedap )
2 labu bawang besar saiz sederhana
Sedikit Daun bawang/ daun sup
3 biji telur untuk mencelup semasa menggoreng
Minyak untuk menggoreng
Garam dan perasa yang anda mahu
Cara Penyediaan Begedil Penuh Rasa Daging
Pertama , potong bawang besar secara dadu , kentang dikupas kulis dan potong memanjang. Ubi kentang yang disiap dipotong digoreng dengan empuk dan dilenyekkan sehingga lumat.Kedua , dalam sebuah bekas , masukkan daging kisar , bawang yang didadu , hirisan daun bawang / sup dan garan bersama perasa yang anda mahu .Gaul sebati.
Ketiga , kepalkan adunan ikut saiz yang anda mahu dan tekan adunan menjadi bentuk leper. Dalam bekas yang lain, pukul telur bersama sedikit garam/lada hitam.
Keempat , panaskan minyak. Celupkan adunan ke dalam telor sebelum menggoreng begedil. Guna api sederhana sahaja. Angkat dan toskan .
Tips :
Inti begedil boleh ditukar dengan isi ayam atau isi ikan mengikut citarasa anda .
Memang mudah untuk hasilkan begedil daging yang sedap ni . Selamat mencuba .Terima kasih Delihayat Kitchen di atas keizinan menyiarkan resepi .
http://daridapur.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan