Nak beli mainan banyak, harga boleh tahan mahal. Lepas itu si kecil bermain sekejap sahaja. Apa kata ibu buat sendiri alat permainan yang mudah dan murah. Yang penting ia sangat bagus membantu merangsang minda dan kemahiran anak.
Ibu-ibu pernah dengar tak apa itu sensory bag? Sensory bag adalah alat permainan yang boleh membantu merangsang kemahiran si manja. Ia sesuai untuk bayi yang berusia setahun ke bawah.
Mudah sangat untuk membuat sensory bag ini. Dengan kreativiti menggunakan bahan-bahan asasnya anda boleh membuat pelbagai jenis sensory bag yang dapat membantu si kecil duduk terpaku bermain selain membantu merangsang koordinasi mata, tangan dan sentuhan.
Selain bermain, bayi comel anda juga sedang belajar dalam cara yang menyeronokkan.
Bahan yang diperlukan
Beg zipper (saiz ikut suka masing-masing)
Gel rambut berwarna (beli yang murah saja)
Sellotape berwarna
Hiasan berkilau
Aksesori mengikut tema pilihan masing-masing
Cara membuat sensory bag
1. Masukkan gel ke dalam beg zipper.
2. Masukkan hiasan berkilau ke dalam beg.
3. Masukkan aksesori hidupan laut (tema laut) ke dalam gel. Susunkan ia di dalam gel.
4. Tutup beg zipper. Lekatkan dengan sellotape di tepi setiap bahagian beg untuk mengelakkan berlaku kebocoran.
5. Siap untuk anak anda main.
Si comel mesti seronok dapat picit gel yang ada dalam beg zipper tersebut dan dapat mengenali nama hidupan laut. Untuk anak yang sudah pandai berjalan, mungkin boleh buat yang lebih mencabar seperti menggunakan tema objek, nombor, huruf dan sebagainya.
Selamat mencuba!
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan