Home Klik Di Bawah

Selasa, 9 Februari 2016

5 larangan anda perlu tahu ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina

5  larangan anda perlu tahu ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina
Sememangnya setiap kali anda menghadiri rumah terbuka, pasti adakalanya anda melihat perkara yang tidak senonoh dilakukan tetamu. - Gambar Hiasan
 
SAMBUTAN perayaan di negara ini sememangya tidak lengkap tanpa tradisi rumah terbuka atau kunjung mengunjung, dan tentunya, pada ketika ini ramai yang sudah menerima jemputan untuk menghadiri majlis terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Sememangnya setiap kali anda menghadiri rumah terbuka, pasti adakalanya anda melihat  perkara  yang tidak senonoh dilakukan tetamu.

Tidak kira sama ada rumah terbuka itu dianjurkan oleh pemimpin negara, keluarga tersayang atau jiran tetangga, tingkah-laku harus dijaga untuk mengelakkan gambaran yang tidak baik daripada tetamu.

Berikut adalah 5 larangan yang perlu dipatuhi ketika anda menghadiri rumah terbuka;
 

1. Berpakaian sopan

Hormatilah tuan rumah dengan orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian. Etika pakaian ketika menghadiri sesebuah rumah terbuka adalah perkara yang penting. Elak daripada menggunakan pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang mengandungi perkataan yang tidak senonoh.

2. Jangan ketawa kuat

Janganlah ketawa sampai satu dunia boleh dengar! Anda perlu berkelakuan lebih sopan agar orang lain tidak terganggu dengan gelagat diri anda.

3. Jangan berbisik di hadapan tetamu lain

Ini merupakan antara perkara utama terutamanya bagi golongan gadis muda. Jangan berbisik di hadapan tetamu kerana perbuatan itu akan menimbulkan perasaan tidak selesa atau mungkin akan menimbulkan kemarahan seseorang.

4. Jaga adab makan

Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Jangan besikap gopoh dan gelojoh, dan juga jangan bungkus atau  ‘tapau’ makanan yang disediakan sehingga semua tetamu yang hadir selesai menjamu selera.
5. Jangan membiarkan anak anda berkeliaran sampai mengusik barang milik tuan rumah

Jangan membiarkan anak-anak kecil berkeliaran di rumaht etamu sehingga mereka mengusik barang milik orang lain.

Anda perlu mengawasi tingkah-laku mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti merosakkan barang milik tuan rumah. 
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan