Home Klik Di Bawah

Selasa, 9 Februari 2016

Jom Kenali.....Pulau Cantik Di Sabah Tapi Kurang Popular

5 Pulau Cantik di Sabah Tapi Tak Popular
Sabah memang terkenal dengan pulau pulau yang cantik dan jernih airnya. Antara yang popular adalah Pulau Manukan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Tiga.

Kalau melancong ke negeri di Bawah Bayu Ini adalah rugi jika tidak berkunjung sekali ke pulau yang disebutkan itu malah pulau ini turut popular kalangan pelancong dari luar negara.

Tapi selain dari empat pulau tersebut, ada beberapa lagi yang sebenarnya cukup cantik tapi kurang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara. Mungkin kerana kurang promosi atau pun kurang kemudahan penginapan di sana.




Menariknya kalau berkunjung ke pulau ini, anda bukan saja dihidangkan pemandangan semula jadi yang indah tapi turut dapat menyaksikan kawasan perkampungan dengan kehidupan yang cukup sederhana.

1. Pulau Kapalai
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/4/kapalainew.jpg
Pulai ini adalah antara lokasi paling cantik untuk penggemar selam skuba dan snorkeling. Ia terletak 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Kalau pernah pergi ke Pulau Sipadan mungkin ini destinasi seterusnya. Foto: www.holidaygogo.com & www.borneo.com.au

2. Pulau Banggi
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/4/pulau%20banggi.jpg
Dalam Wikipedia pulau yang terletak di Kudat inidicatatkan adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang.

3. Pulau Bohey Dulang
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/4/Pulau%20bohey.jpg
Ia terletak di Semporna Sabah dan turut dikenali sebagai Pulau Bohaydulong atau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Sempurna lebih kurang 30 minit dengan menaiki bot. Pulau ini salah satu dari lapan pulau dalam Tun Sakaran Marine Park.

4. Pulau Bum Bum
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/4/pulau%20bum2.jpg
Air di pulau ini jernih sekali yang pasti buat anda kagum. Ia terletak juga di perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Ini satu lagi pulau selain Pulau Bohey yang perlu dilawati jika ke Semporna, Sabah. Foto: www.panorama.com

5. Pulau Mataking
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/4/mataking2.jpg
Eh belum habis lagi, ada satu lagi untuk melengkapkan percutian jelajah pulau di Semporna,iaitu Pulau Mataking. Memang berbaloi kalau singgah di sini. Alang-alang dah sampai ke Pulau Mabul teruskan ke pulau ini untuk menikmati keindahan pantai tanpa pencemaran. Foto: www.mataking.com

Bagi yang bercadang bercuti di Sabah, jangan lupa masukkan kunjungan ke pulau-pulau cantik ini dalam agenda anda.
http://www.vanillakismis.my/

1 ulasan: