Home Klik Di Bawah

Ahad, 20 Mac 2016

Kenapa Masjid Al-Aqsa penting sangat?

Kenapa penting sangat Masjid Al-Aqsa?
Kenapa penting sangat Masjid Al-Aqsa?

Bercakap tentang bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa bukan perkara asing di negara ini, namun Timbalan Pengurus Hal Ehwal Islam Masjid Al-Ikhlas, Ustaz Mu’awwidz Al-Ansori Dzulkefly hari ini mengingatkan betapa pentingnya umat Islam mempertahankan bumi yang telah dijajah lebih 60 tahun itu.

“Apa pentingnya Masjid Al-Aqsa ini? Kenapa Masjid Al Aqsa disebut sebagai pilihan ketiga dengan ganjaran pahala 500 solat? Sedangkan kita ada Masjid Negara, masjid negeri malah ada Masjid Karangkraf.



“Sebenarnya apabila kita menyebut tentang isu Palestin sebenarnya kita sedang bercakap tentang Al-Quran, akidah umat Islam dan secara tidak langsung menyentuh isu kiblat yang pertama umat Islam.

“Jadi, kalaulah hari ini ada yang mendakwa kenapa kita perlu sibuk-sibuk bicara tentang isu Palestin? Nah itulah jawapannya. Tidak ada jawapan yang lebih besar dan berharga daripada jawapan itu,” katanya ketika menyampaikan ceramah sebelum solat Jumaat di Masjid Karangkraf, hari ini.

Beliau turut mengimbau kembali di mana Saidina Umar al-Khattab pernah meriwayatkan bahawa Masjid Al-Aqsa bukan sekadar menjadi tempat penting untuk umat Islam namun barang siapa mendapatkan Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya, maka mereka akan menguasai dunia.

“Pada hari ini, siapa yang terhegeh-hegeh nak dapatkan tempat itu? Mereka ini tidak segan silu mengisytiharkan Palestin adalah milik mereka dengan mewujudkan sejarah yang palsu tanpa sandaran yang kuat iaitu di bawah Masjid Al-Aqsa ada satu tapak kuil, ‘Temple of Solomon’.

“Kemudian mereka menggali di bawah Masjid Al-Aqsa itu. Hakikatnya, sudah bertahun mereka menggali terowong yang kononnya untuk mencari kuil tersebut tapi tak jumpa-jumpa sehingga hari ini,” katanya.

Katanya, penjajahan kali pertama berlaku di Palestin pada tahun 1948 sehingga ke hari ini masih berlarutan, kira-kira ebih 67 tahun.

Beliau turut meminta jemaah membayangkan tempoh itu yang sudah sebaya usia ibu bapa masing-masing dan sepanjang tempoh itu hidup mereka dijajah, diratah dan tiada erti kebebasan.

“Bayangkan mereka hidup di rumah mereka sendiri tetapi tiada kebebasan di rumah sendiri.

“Mengapa dunia hari ini sekadar menjadi pemerhati yang setia? Kalau kita lihat nisbah populasi umat Islam di sekitar Palestin, kita ada lebih kurang dalam 300 juta umat Islam. 150 juta di Mesir, 75 juta di Jordan. Tetapi kenapa, sampai ke hari ini, Masjid Al-Aqsa masih dijajah?,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan