Nampak mudah tetapi sebenarnya nak masuk dapur kena ambil tahu petua
yang membantu menaikkan rasa istimewa untuk sajian. Kadang resepi dah
betul cuma salah ikut langkah dan tidak pernah tahu cara orang lama
memasak untuk jadikan menu lebih sedap. Jom, kita bongkar rahsia ini...
1. Rempah Homemade Istimewa
Rempah ratus yang dikisar dan diadun secara 'homemade' mempunyai rasa lebih enak jika dibandingkan dengan rempah yang dijual secara paket di pasaraya.
Ada caranya untuk menghasilkan serbuk rempah yang jauh lebih halus. Tak sukar untuk dibuat. Anda perlu menyangai rempah pilihan di dalam kuali sehingga naik baunya. Kemudian bolehlah anda masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar hancur semua rempah itu.
Sebelum menyimpan serbuk rempah di dalam bekas, anda tapiskan dahulu bahan kisaran tadi. Kemudian ambil serbuk itu dan simpan di dalam bekas kedap udara. Percayalah, serbuk rempah ini lebih berkualiti dan rasanya juga lebih umphhh!
2. Telur Rebus Sempurna
Kadang-kadang masak telur rebus pun boleh tak menjadi. Sebabnya, kadang-kadang kita keliru nak tunggu berapa lama untuk telur tu masak. Nak diangkat awal sangat, jadi telur separuh masak pula. Gagallah telur rebus itu!
Sebenarnya ada cara mudah untuk anda ketahui sama ada telur rebus anda sudah masak atau tidak. Caranya mudah saja, rebus telur anda bersama satu sudu teh beras. Setelah beberapa minit, rasa beras anda. Jika ia sudah lembut, maknanya telur rebus anda juga sudah 'sempurna' untuk diangkat.
3. Makanan Terlebih Masih
Pernahkah anda memasak lauk pauk tidak mengikut cita rasa anda? Misalnya gulai yang anda masak jadi terlebih masih pula. Sudahnya, anda terpaksa membuang gulai tadi.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menyeimbangkan rasa garam yang berlebihan dalam lauk pauk anda itu. Caranya adalah memasukkan ibu kentang yang telah dikupas dan dibasuh bersih. Insya-Allah kemasinan lauk boleh dikurangkan.
4. Cuka Agen Pembersih
Tahukah anda, cuka yang ada di dapur itu ada banyak kegunaannya. Salah satunya adalah untuk membersihkan kawasan dapur yang kotor akibat minyak. Campurkan 1 sudu cecair pencuci dan suka serta soda bikarbonat.
Kacau adunan ini dan boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dapur, dinding di dapur yang kotor akibat percikan minyak. Anda juga boleh sekadar mencampurkan cuka dan air untuk membersihkan beberapa tempat yang bercermin. Pastinya kaedah ini lebih semula jadi dan selamat.
5. Biskut Tak lemau
Kadangkala kita meletakkan biskut di dalam bekas bertutup. Tapi apa yang terjadi, biskut tetap menjadi lemau. Sayang jika mahu dibuang, apatah lagi biskut itu masih elok dan boleh dimakan.
Cuba cara ini, sebelum memasukkan biskut dalam bekas taburkan gula di dalam bekas. Kemudian, masukkan biskut. Insya-Allah biskut akan tahan lebih lama.
6. Baja Serbuk Teh
Serbuk teh yang telah digunakan dibuang jangan. Sebenarnya, ia ada banyak kegunaan yang bermanfaat untuk anda. Kita maklum serbuk teh baik untuk menghilangkan lebam bawah mata.
Ada cara lain yang boleh pelbagaikan. Antaranya, gunakan serbuk teh yang telah menjadi hampas itu sebagai baja tanaman. Taburkan di sekitar tanah tanaman dalam pasu. Ini boleh membekalkan sumber baja yang baik
mingguan wanita

Tiada ulasan:
Catat Ulasan