بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kesetiaan Isteri Seorang Pejuang Fi
Sabilillah- Dikisahkan bahawa pada zaman Rasulullah saw ada seorang
sahabat yang hendak pergi berperang. Di mana sebelum berangkat dia tidak
lupa berpesan kepada isterinya yang dikasihinya. "Adinda isteriku,
sebaiknya engkau tidak keluar dari rumah ini sebelum aku pulang dari
medan jihad."
Pada suatu hari di mana si suami masih berada di medan perang terdengar
berita tentang ayahnya yang sakit tenat. Maka dia mengutus seorang untuk
bertanya kepada Rasulullah saw apa yang semestinya dilakukan atau
perbuat. Rasulullah saw memerintahkan agar isteri tersebut tetap
mentaati pesanan atau perintah suaminya supaya tinggal dirumah sehingga
suaminya pulang dari peperangan.Akhirnya dia rela mentaati pesanan suaminya tidak keluar rumah sekalipun untuk menjenguk ayahnya yang sedang sakit tenat. Akhirnya terdengarlah berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Namun, wanita atau isteri tetap tidak keluar rumah sehingga si isteri pun tidak mengetahui kubur atau makam ayahnya .
Dia menunggu hingga suaminya pulang . Maka dengan izin Allah SWT pun menurunkan ilham kepada Rasulullah saw bahawa Allah SWT berkenan mengampuni dosa-dosa wanita itu berkat ketaatannya kepada suaminya.
http://mselim3.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan