Home Klik Di Bawah

Rabu, 6 April 2016

Walaupun Bertaubat, 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ampunkan lah dosaku Ya Allah, aku mohon taubatmu. Setiap detik kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada berbuat dosa. Dosa-dosa yang kita lakukan itu hanya boleh terhapus dengan amalan baik dan dengan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.

taubat-dosa
Setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada berbuat dosa besar mahu pun dosa kecil. Dalam  pada kita berusaha untuk bertaubat padaNya,  ada antara dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah…iaitu :



 1- Makan harta anak yatim secara haram.

Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus.

2- Menuduh wanita solehah berzina.

Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT .

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut .

4- Melakukan sihir.

Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT.

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Ya Allah tolong aku Ya Allah jangan kau seksa aku didalam kubur dan diakhirat, aku mohon taubatmu Ya Allah aku taubat nasuha Ya Allah.
Ya Allah Ampunkan mataku, Ampunkan Telingaku, Ampunkan Lidahku, Ampunkan Tanganku, Ampunkan Seluruh Jasadku.
Ya Allah Sesungguhnya Aku lemah Ya Allah. Ya Allah pandanglah aku dengan Pandangan Rahmatmu Ya Allah, temukan aku dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah Dosa aku banyak Ya Allah dengan Rahmatmu Ampunkan Aku, dan terima lah Taubatku ini.
Ya Allah mudahkan segala urusanku dunia dan akhirat. Ya Allah murahkan rezeki ku, kaum keluargaku dan sahabat sahabatku agar kami dapat mengerjakan Haji dan Umrah bersama sama dan sentiasa mentaatimu dan dapat aku menolong umat islam yang memerlukan.

Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui, maha pengampun dan maha penyayang. Maqbulkan doaku ini Ya Allah Ya Rabbal Alamin.
 
Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke syurga Mu. Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu. Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Aamin…
http://guablog.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan