Home Klik Di Bawah

Sabtu, 16 April 2016

Allah Temukan Kita Dengan Seseorang Sama Ada Ujian Kita Atau Dia Jodoh Kit

Ehsan Rusydee Art

Assalamualaikum

Sedang aku mengelamun melihat keindahan ciptaan Allah. Tetiba aku di kejutkan bunyi telefon seorang sahabat :

Acik kenapalah dunia nie tak adil ? Kenapa aku di uji bergini ?

Kenapa nie ? cuba kau bertenang, cuba cerita dengan aku.

Dia berlaku curang  dengan aku, rupanya dia bakal kawin dengan lelaki lain!! Hampir 5 tahun kami bersama dia khianati aku dan banyak lelaki lain.
 

Ini adalah sebahgian dari perbualan kami.Dalam hidup ini kita di uji dengan pelbagai ujian yang berbeza-beza. Ada yang di uji soal perasaan , tentang kehidupan dan lain-lain.

Duhai jiwa yang celaru , ringankan bibirmu untuk memuji kebesaran Allah, angkatlah tanganmu berdoa kepada Allah.

Ketika mana dirimu di uji , jangan cepat gelabah. Tenangkan dirimu dahulu. Sememang sakit kita di khianati orang yang kita percaya dah sayang.

Bertahun bersama saling mengenali dan bertutur janji untuk bersatu ke jalan yang halal. Mungkin cara kita salah dan Allah sayang kita sebab itu dia hadirkan ujian.

Ada orang bercinta 8 tahun, kawin seminggu bercerai.
Ada bercinta 10 tahun tapi masih belum berjodoh.

Disitu di letakkan ujian untuk kamu.Ujian di mana Allah mahu melihat sejauh mana cinta kita itu.Adakah tidak melebihi cinta Allah ?

Ada juga baru kenal sebulan terus kawin bertahun-tahun kekal lamanya.
Ada yang kenal enam bulan terus menikah.

Jodoh kita tak pernah Allah telah di tetapkan dan tidak pernah silap. Bila di uji maka dekatkan diri dengan Allah. Berceritalah denganNya, yakin segenap hati dengan Allah.

Jodoh kita mungkin sebenarnya dekat dengan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin ada beberapa halangan lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita. Saat kita nak berjumpa dengannya ada sahaja halangan dan dugaan yang tidak di duga. Ketika kita rasa kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal tetapi dugaan datang bertimpa-timpa. Nak kawin kena berhenti kerja, kereta rosak, kemalangan dan sebagainya.Kita merungut apa yang berlaku.Bayangkan kalau ketika itu juga nak kawin ? nak beri makan apa anak orang ? 

Jadi Allah telah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertetapan dengan keadaan dan masa yang bersesuai dengan kita. Ketika Allah rasa kita sudah sedia sepenuhnya untuk melayari bahtera ke alam perkahwinan maka dia temukan dengan seseorang yang selayaknya untuk kita.
Jadi kenapa perlu takut ? 

Dia tahu yang terbaik untuk kita, mulut orang kita tak dapat nak tutup, cepat atau lambat jodoh kita itu Dia juga yang telah uruskan. Kita jalani dan baiki diri agar kita jadi jodoh yang baik untuk seseorang yang akan menjadi penghiasi hidup kita.Inilah suatu kaji kehidupan secara terperinci untuk membuka akal dan hati kita melalui firman ALLAH Subhana wa Ta’ala yang berbunyi :

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah. Adz-Zaariyat : 049.

Tak perlu sangsi dengan ketertuanNya, kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita. Paling penting kita jalani kehidupan kita sebagai muslim sejati. Kita berusaha, bertawakal dan berserah pada Allah soal jodoh kita.
http://www.akupenghibur.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan