10 tempat gantung kunci ( key holder ) yang kreatif mengikut minat.
Setiap dari kita mempunyai minat pada bidang tertentu. Adakalanya minat
menjadi kunci kepada kejayaan seseorang. Dengan minat seseorang
itu mampu fokus pada tahap maksima. Cumanya kali ini nak kongsikan 10
tempat menyimpan kunci atau menggantung kunci (key holder) berdasarkan
minat seseorang. Jom saksikan...
Sarang Lebah Honeycomb |
Tempat gantung kunci Sarang Lebah ( honeycomb)
Yang pertama adalah tempat gantung kunci yang berbentuk hexagon atau
lebih dikenali sebagai sarang lebah. Kreatifnya mungkin ianya direka
khas buat peminat madu lebah atau pengusaha lebah atau sesiapa saja yang
berkenaan dengan lebah. Harap-harap tak ada yang menggunakan key holder ini sebagai hint untuk mencari "madu".
Sarang Lebah |
Tempat Gantung Kunci Tali Pinggang Keledar (Seat Belt Buckle)
Yang kedua khas buat peminat bidang automotif atau peminat kereta.
Kreatifnya sangat ini. Cuma nak dapatkan set ini mungkin perlu di tempat
kereta terpakai atau sebagainya. Ia menunjukkan betapa minatnya
seseorang itu pada bidang automotif anda memang peminat kereta sejati.
Tali pinggang keledar (seat belt buckle) |
Tempat Gantung Kunci Lego
Ketiga, rasa macam tak perlu cerita mesti dah boleh agak kan? Kalau ada
di rumah korang memang peminat Lego sejati. Rasa macam mudah ja nak
buat....Ada masa dan lebihan Lego cubalah buat key holder ini.
Lego |
Tempat Gantung Kunci Peminat IT
Keempat ni pun rasa macam tak perlu nak terangkan lagi. Tengok gambar
pun rasanya dah macam boleh buat sendiri di rumah kan. Cuma minat atau
tidak pada key holder jenis ini. Mungkin sesuai pada programmer, pegawai
IT, pelayar internet 24 jam dan sebagainya. Kreatif tak?
Internet port Key Holder |
Tempat Gantung Kunci Khas Untuk Anak Kecil
Tempat gantung kunci seterusnya ini mungkin sesuai untuk anak-anak anda
untuk menggalakkan si kecil belajar meletakkan kunci di tempat asalnya.
Jadikan sebagai tabiat dan barulah mereka mampu berdisiplin bila besar
nanti. Tidaklah letak kunci atau barang kesayangan merata-rata tempat.
Kreatif untuk kanak-kanak atau boleh diletakkan di Taska.
Key holder for kids, school |
Tempat Letak Kunci Bola Tennis
Kalau dah kata minat pada sukan, contohnya peminat bola sudah semestinya
tidur bola mandi bola makan bola....betul tak...Ini pula khas buat
peminat sukan tennis. Yang minat bola sepak mungkin boleh cuba letak
bola sepak yang berukuran kecil...boleh ker?
Key holder |
Tempat Gantung Kunci Untuk Peminat Warna
Ada segelintir antara kita memang minat warna warni. Kalau dua warna
saja rasa macam tak meriah. Pernah tak jumpa kawan-kawan masa belajar
buat nota penuh warna warni? Mungkin boleh jadikan idea tempat gantung
kunci di rumah anda. Pemilik kedai cat pun boleh juga rasa atau jadikan
warna itu untuk kunci-kunci tertentu.
Colourful Key Holder |
Tempat Gantung Kunci Rumah Burung
Yang ini juga agak kreatif dimana boleh juga buat secara DIY kelihatan
seperti rumah burung. Dimana keychain pula terdapat gambar burung.
Sesuai buat peminat burung.
Tempat gantung kunci rumah burung |
Tempat Gantung Kunci Untuk Pendaki
Untuk tempat gantung kunci ini agak susah untuk buat sendiri atau DIY.
Mungkin boleh mencari di ebay dan sebagainya. Hanya yang minat mendaki
sahaja akan erti pendakian sebenar cewaahhh cerita macam pendaki tegar
pulak.
Climbing |
Tempat Gantung Kunci Kreatif
Tempat gantung kunci yang terakhir ini tak digalakkan. Tetapi jika anda
benar-benar lain dari yang lain mungkin akan meminatinya. Cuba bayangkan
kalau dah terlambat nak ke kelas, ke pejabat atau ada hal
kecemasan...huhu risau key holder ni hancur atau terlambat beberapa
minit untuk mengeluarkan kunci....fikir dulu sebelum mencuba.
key holder |
Mungkin ada lebih banyak lagi tempat gantung kunci atau key holder yang lebih kreatif di luar sana. Sekadar berkongsi untuk anda semua. Semua gambar ini diambil dari Pinterest. Semoga membantu anda yang mungkin sedang mencari kelainan pada tempat gantung kunci di rumah anda.
http://www.arzmoha.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan