Home Klik Di Bawah

Sabtu, 3 Ogos 2013

Tiada Yang Kekal Melainkan Allah

alt
Hari semakin senja, burung-burung berterbangan pulang ke sarang dihiasi dengan alam yang penuh kedamaian. Subhanallah, kerana kita masih dapat menjalani kehidupan pada hari ini. Masing-masingnya mempunyai kenangan manis untuk disimpan sebagai kenangan. Masa terus berlalu seperti desiran angin yang menghembus ke pantai.

Dalam keriuhan pasti ada kesunyian kerana manusia kadangkalanya memerlukan ketenangan untuk mengabdikan diri kepada Maha Pencipta, di samping menyelongkar apakah rahsia dan hikmah disebalik kejadianNya. Sememangnya sesuatu yang indah itu sentiasa pudar dipandangan mata kerana manusia lebih gemar akan perhiasan dunia yang sebenarnya tidak mampu menyinari cahaya di alam kubur kelak.




Diri tidak pernah keseorangan

Tatkala diri keseorangan pasti kita berfikir pelbagai perkara sehingga imaginasi kita terbawa-bawa ke alam itu. Apa yang kita fikirkan sebenarnya? Adakah fantasi itu membawa kebaikan untuk kita atau menjarakkan lagi hubungan kita kepada Allah. Kadangkala terlalu memikirkan perkara tersebut menyebabkan hati murung dalam kesedihan. Menangis seperti kehilangan akal seketika. Sedangkan perkara yang kita fikirkan itu bukanlah suatu yang tragis untu ditangisi.

Bukankah dalam keseorangan itu Allah sentiasa bersama kita?

Allah Maha Mengetahui apa yang terdetik di dalam hati. Serahkan segala urusan kita kepada Allah kerana apa yang baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah bergantung bagaimana kita bertindak dan mengkoordinasikan niat kita berlandaskan hukum yang telah disyariatkan. Allah adalah saksi utama di sepanjang kehidupan kita. 

Lupakah kita dengan kewujudanNya sebagaimana adanya kita di dunia ini? 

Lumrahnya, kita merasa amat malu apabila berhadapan dengan manusia dari perbuatan negatif sehingga segala “pekung di dada”. Terbongkar segala keaiban yang tersembunyi dalam diri kita sendiri. Namun, kita  sering terlepas pandang bahawa sekujur tubuh ini sebenarnya sentiasa berhadapan dengan Allah tidak kira di manapun kita berada. Segala tindak tanduk kita diperlihatkan oleh Allah SWT.
i love islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan