Home Klik Di Bawah

Selasa, 4 Februari 2014

Penembak Hendap terhebat sepanjang Zaman, Simo Hayha

Jika hendak dibandingkan dengan zaman kini mahupun yang sezaman dengannya, percayalah tidak ada seseorang pun yang boleh menandingi kehebatan insan yang diberi nama Simo Hayha ini. Simo Hayha(disebut Si-mo Hei-ha) dikagumi bukan sahaja oleh rakyat Finland tetapi juga oleh seluruh tentera-tentera di dunia. Mengapa bergitu?

Direkodkan bahawa insan yang digelar White Death ini telah berjaya membunuh Red Army(tentera Soviet Rusia) dengan menggunakan Mosin-Nagant M28 kira-kira 505 orang. Namun, terdapat sumber mengatakan ia mencapai 542 orang kesemuanya.

Simo Hayha dengan senapang kegemarannya,Mosin-Nagant M28

  



Disebalik kemahiran tembakan tepatnya, Simo juga terkenal dengan sifat beraninya dengan membunuh kira-kira 200 orang Red Army dengan menggunakan Submesingun Suomi KP/-31. Dengan itu, jumlah keseluruhan Red Army yang tewas adalah kira 800 orang kesemuanya.! Jumlah yang bergitu besar untuk satu peperangan yang hanya menjangkau 100 hari. Jumlah ini gagal ditandingi oleh mana-mana tentera sezaman dengannya.

Bagaimana Simo Hayha bermula sebagai Sniper?
Simo adalah seorang petani dan pemburu sebelum menganggotai tentera Finland sebagai sniper. Seruan untuk menganggotai tentera berkobar-kobar apabila Finland telah diserang oleh jirannya yang berfahaman komunis iaitu Rusia pada tahun 1939. Atas dasar untuk mempertahankan negaranya, Simo telah bertekad menggunakan segala kemahiran yang beliau ada untuk mengekalkan kedaulatan negaranya.

Seorang penembak hendap(sniper) memiliki kemahiran individu yang tersendiri, adakah Simo Hayha turut memilikinya?
Sepertimana penembak hendap yang lain, Simo mempunyai kemahiran individu yang tersendiri, bahkan Simo berjaya mewujudkan satu jurang kelainan berbanding penembak hendap-penembak hendap yang lain. Direkodkan, Simo mengadaptasikan kemahiran yang dimilikinya sebagai seorang pemburu di kampung halamannya ke dalam pertempuran yang sebenar. Tidak seperti penembak hendap yang lain, Simo gemar menggunakan iron sight(target besi) dan bukannya telescopic sight(target teleskop) kerana baginya dengan menggunakan telescopic sight, seseorang penembak hendap akan mudah dikesan lokasi penyembunyiannya. Untuk pengetahuan anda telescopic sight boleh memantulkan cahaya matahari yang boleh menyebabkan ia mudah dikesan.

Dengan penyamaran yang baik,cekap,sabar dan berkemahiran tinggi membolehkan Simo Hayha dinobat penembak hendap bertaraf lagenda.

Simo juga gemar memadatkan salji(kerana beliau berperang pada musim sejuk pada waktu itu) bagi mengelakkan salji terpercik apabila beliau menembak. Dengan itu, beliau tidak mudah dikesan.
Simo juga menggunakan seluruh baju penyamaran(camouflage) berwarna putih dan tidak akan bergerak pada satu-satu tempat pada masa yang cukup lama. Itulah kelebihan seorang penembak hendap yang sukar didapati pada tentera-tentera biasa, iaitu Kesabaran.!
Simo hanya akan bergerak,itupun dengan kadar pantas, apabila telah menembak seorang tentera musuh. Dengan ketangkasan beliau, beliau susah untuk dikesan kehadirannya.

Apakah rekod paling besar yang dicatatkan oleh Simo Hayha sepanjang perang 105 hari itu?
Rekod paling besar Simo adalah beliau berjaya menembak kira-kira 25 orang tentera musuh dalam masa hanya satu hari.

Kenapa muka Simo Hayha seperti kelihatan herot?
Pada masa mula-mula masuk tentera, muka Simo adalah normal. Namun semasa Perang Musim Sejuk(Winter War) telah hampir berakhir, Simo telah ditembak oleh tentera musuh di rahang kirinya menyebabkan tulang pipinya hancur. Simo cedera parah dan koma selama beberapa hari. Beliau bangkit daripada koma semasa perang telah diistiyharkan tamat. Kegagalan membunuh Simo amat mengecewakan Joseph Stalin dan panglima Red Army.

Wajah Simo Hayha cedera teruk akibat kecederaan ketika terlibat dalam pertempuran Winter War.

Apakah anugerah kerajaan Finland kepada Simo Hayha?
Sebagai seorang yang amat berjasa kepada negaranya, tidak mungkin Simo boleh dipinggirkan. Simo yang menjadi pujaan rakyatnya dan igauan bagi musuh ini telah dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Leftenan Kedua oleh Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim. Tiada seorang dalam sejarah ketenteraan mampu dinaikkan pangkat secara drastik sepertimana Simo Hayha.!

Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim
Bilakah Simo Hayha meninggal dunia?
Disebalik kecederaan parahnya yang hampir meragut nyawanya, Simo Hayha bagaimanapun berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai veteran perang yang dikagumi sehingga berusia 96 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1hb April 2002 di perkampungan terpencil di Ruokolahti berhampiran dengan sempadan Rusia. Dalam satu temubual dengannya pada 1998, Simo ditanya oleh hos tentang bagaimana menjadi seorang penembak hendap yang hebat, beliau lantas menjawab,
Käytäntö (yang membawa maksud latihan)


Simo Hayha dikelilingi oleh senior-senior tentera Finland yang mengaguminya.
tak usah risau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan