Betul ke perempuan sekarang masak tak sama dengan cara orang dulu-dulu?
Itu kita kena semak diri sendiri, bukan tilik orang lain, ya. Macam
mana pun kali kini anda boleh curi rahsia orang lama dulu dengan 5 petua
ini. Jom, semak!
1. Bersihkan sotong
Masukkan sotong dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Kemudian anda akan mendapati bahawa kulit sotong menjadi lekang dan senang dicuci serta baunya juga hilang. Atau boleh juga merendamkan surat khabar lama bersama-sama sotong. Kemudian, ramas surat khabar pada badan sotong. Pasti kulitnya mudah keluar dan sedia dicuci.
2. Pilih nanas
Pilih nanas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol. Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik - bintik putih.
3. Kekalkan sedap ikan beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.
4. Hindari bau busuk kulit udang
Siramkan kulit udang dengan air panas. Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.
5. Cara simpan rempah
Simpan rempah kering berbentuk butiran atau serbuk dalam bekas tertutup dan tidak terkena cahaya matahari. Rempah kering boleh disimpan dan tahan selama setahun. Jika lebih, cita rasa rempah akan berkurang malah ada yang hilang rasa terus.
mingguan wanita

Tiada ulasan:
Catat Ulasan