Gambar sekadar hiasan sahaja.
Allah
s.w.t. telah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 yang bermaksud,
'Sesungguhnya masa diri dan harta kamu Allah telah beli dan Allah telah
bayar dengan syurga. Dengan keterangan ayat ini bolehlah kita
memperbetulkan kefahaman kita kerana selama ini kita beranggapan bahawa
masa kita adalah kita punya, harta kita juga adalah milik kita dan diri
kita juga adalah milik kita. Namun sebenarnya masa harta dan diri kita
sebenarnya Allah punya cuma Allah bagi pinjam kepada kita. Siapa kita?
Roh kita. Roh sahaja. Selain Roh termasuk tangan, kaki, perut, mata
telinga adalah anggota yang akan menjadi saksi didepan Allah keatas
apa-apa perkara yang pernah kita lakukan dibumi dan setiap anggota pada
tubuh badan kita adalah milik Allah.
Oleh
kerana kesemua anggota pada tubuh badan kita milik Allah maka kita kena
yakin memang milik Allah dan Allah bagi pinjam kepada kita dan Allah
telah beli dengan syurga. Untuk proses jual beli itu Allah bagi kita
akal, suatu benda yang kita tidak dapat melihatnya. Dengan akal kita
meneruskan jual beli untuk mendapatkan syurga, memang keturunan kita
berasal dari syurga sebab Moyang kita yakni Nabi Adam a.s. dicipta dalam
syurga dan tinggal dalam syurga entah berapa lama. Lalu siapa yang
semasa didunia jual belinya disukai oleh Allah maka syurga yang hebat
miliknya.
Sebaliknya
sesiapa yang tidak mahu menjual ketiga-tiga perkara tersebut kepada
Allah maka dia sendiri yang akan rugi. Rugi yang sebesar-besarnya.
Berkaitan
tioga perkara ini, hariini Tok Wan cuma nak sentuh dua darinya yakni
masa dan harta. Untuk perkara ketiga yakni diri eloklah fikirkan sendiri
apa yang seharusnya.
Yang
pertama berkaitan dengan masa. Kita selalu tengok orang tak cukup masa
untuk siapkan itu-ini dalam sesuatu keperluan. Tak cukup masa untuk
pergi atau jumpa orang itu orang ini. Bila talipon jawabnya tak cukup
masa hari ini, esok sajalah. Dan bila kita lihat orang yang l;ain dia
mempunyai masa yang cukup. Asal janji dengannya jam 3 petang pasti 2.55
dia sudah ada disitu. Azan maghrib 7.18 malam, 7.10 dia sudah ada dalam
masjid. Jadi diringkaskan cerita dia sentiasa cukup masa. Bila berbual
dengannya dan katalah esok boleh kita jumpa sekejap untuk belanja
makan-makan pasti dia bersedia dengan jawapan In syaa Allah.
Itulah
yang terjadi perbezaan antara dua orang yang seorang tak cukup masa dan
seorang lagi sentiasa ada masa. Orang yang ada masa dan boleh bagi masa
untuk seornag pendakwah hendak menerangkan kepadanya sesuatu maka dia
akan mendapat. Sedangkan orang yang tak cukup masa dan tiada masa untuk
dengar dakwah itu maka dia ketinggalan seribu atau lima ribu tahun
dibelakang orang pertama tersebut.
Begitu
juga dengan rezeki. Anak ada lapan orang sedangkan pendapatan bulanan
bawah RM seribu namun bila menerima tetamu pasti ada saja hidangan yang
pelik-pelik dari dapurnya. Kekadang keluar cucur badak dengan teh 'O'
diiringi kerepek ubi kerepek pisang, kekadang keluar bubur kacang dengan
kopi 'O' diringi goreng pisang goreng keledek. Apabila ada orang datang
nak meminjam wang atau barang pasti tidak pulang dengan muka monyok.
Ini orang yang Allah bagi keberkatan pada rezekinya. Berbanding orang
kaya yang kekadang tiada masa untuk berjumpa dengannya apalagi merasai
juadah dari dapurnya. Jikalau dipejabat hanya keluar air kotak jer. Ini
rezeki yang tiada keberkatan padanya. Pendapatan bulanan mencecah lima
angka namun tak cukup untuk bayar itu bayar ini.
Untuk
mendapatkan rezeki yang berkat kita kena pastikan puncanya benar-benar
bersih dari sebarang syubahat. Dermakan sebahagian dari rezeki yang
Allah kurniakan kepada kita kepada orang lain. Dan untuk mendapatkan
keberkatan masa luangkanlah masa duduk menunggu azan dalam masjid,
jikalau perempuan duduklah dalam rumah atau tempat solat menunggu azan
dan jangan melengah-lengahkan solat. Solatlah ditempat dimana ada azan
dilaungkan pada waktunya. Jika solat pada bukan waktunya, contoh waktu
asar sebenar 4.44 petang tapi kita solat jam 5.15 dan secara
bersaorangan pula maka inilah punca kita tidak memperoleh keberkatan
masa.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan