Jumaat, 22 Januari 2016

Keberkatan Masa dan Harta

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 yang bermaksud, 'Sesungguhnya masa diri dan harta kamu Allah telah beli dan Allah telah bayar dengan syurga. Dengan keterangan ayat ini bolehlah kita memperbetulkan kefahaman kita kerana selama ini kita beranggapan bahawa masa kita adalah kita punya, harta kita juga adalah milik kita dan diri kita juga adalah milik kita. Namun sebenarnya masa harta dan diri kita sebenarnya Allah punya cuma Allah bagi pinjam kepada kita. Siapa kita? Roh kita. Roh sahaja. Selain Roh termasuk tangan, kaki, perut, mata telinga adalah anggota yang akan menjadi saksi didepan Allah keatas apa-apa perkara yang pernah kita lakukan dibumi dan setiap anggota pada tubuh badan kita adalah milik Allah.
 

Oleh kerana kesemua anggota pada tubuh badan kita milik Allah maka kita kena yakin memang milik Allah dan Allah bagi pinjam kepada kita dan Allah telah beli dengan syurga. Untuk proses jual beli itu Allah bagi kita akal, suatu benda yang kita tidak dapat melihatnya. Dengan akal kita meneruskan jual beli untuk mendapatkan syurga, memang keturunan kita berasal dari syurga sebab Moyang kita yakni Nabi Adam a.s. dicipta dalam syurga dan tinggal dalam syurga entah berapa lama. Lalu siapa yang semasa didunia jual belinya disukai oleh Allah maka syurga yang hebat miliknya.

Sebaliknya sesiapa yang tidak mahu menjual ketiga-tiga perkara tersebut kepada Allah maka dia sendiri yang akan rugi. Rugi yang sebesar-besarnya.

Berkaitan tioga perkara ini, hariini Tok Wan cuma nak sentuh dua darinya yakni masa dan harta. Untuk perkara ketiga yakni diri eloklah fikirkan sendiri apa yang seharusnya.

Yang pertama berkaitan dengan masa. Kita selalu tengok orang tak cukup masa untuk siapkan itu-ini dalam sesuatu keperluan. Tak cukup masa untuk pergi atau jumpa orang itu orang ini. Bila talipon jawabnya tak cukup masa hari ini, esok sajalah. Dan bila kita lihat orang yang l;ain dia mempunyai masa yang cukup. Asal janji dengannya jam 3 petang pasti 2.55 dia sudah ada disitu. Azan maghrib 7.18 malam, 7.10 dia sudah ada dalam masjid. Jadi diringkaskan cerita dia sentiasa cukup masa. Bila berbual dengannya dan katalah esok boleh kita jumpa sekejap untuk belanja makan-makan pasti dia bersedia dengan jawapan In syaa Allah.

Itulah yang terjadi perbezaan antara dua orang yang seorang tak cukup masa dan seorang lagi sentiasa ada masa. Orang yang ada masa dan boleh bagi masa untuk seornag pendakwah hendak menerangkan kepadanya sesuatu maka dia akan mendapat. Sedangkan orang yang tak cukup masa dan tiada masa untuk dengar dakwah itu maka dia ketinggalan seribu atau lima ribu tahun dibelakang orang pertama tersebut.

Begitu juga dengan rezeki. Anak ada lapan orang sedangkan pendapatan bulanan bawah RM seribu namun bila menerima tetamu pasti ada saja hidangan yang pelik-pelik dari dapurnya. Kekadang keluar cucur badak dengan teh 'O' diiringi kerepek ubi kerepek pisang, kekadang keluar bubur kacang dengan kopi 'O' diringi goreng pisang goreng keledek. Apabila ada orang datang nak meminjam wang atau barang pasti tidak pulang dengan muka monyok. Ini orang yang Allah bagi keberkatan pada rezekinya. Berbanding orang kaya yang kekadang tiada masa untuk berjumpa dengannya apalagi merasai juadah dari dapurnya. Jikalau dipejabat hanya keluar air kotak jer. Ini rezeki yang tiada keberkatan padanya. Pendapatan bulanan mencecah lima angka namun tak cukup untuk bayar itu bayar ini.

Untuk mendapatkan rezeki yang berkat kita kena pastikan puncanya benar-benar bersih dari sebarang syubahat. Dermakan sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita kepada orang lain. Dan untuk mendapatkan keberkatan masa luangkanlah masa duduk menunggu azan dalam masjid, jikalau perempuan duduklah dalam rumah atau tempat solat menunggu azan dan jangan melengah-lengahkan solat. Solatlah ditempat dimana ada azan dilaungkan pada waktunya. Jika solat pada bukan waktunya, contoh waktu asar sebenar 4.44 petang tapi kita solat jam 5.15 dan secara bersaorangan pula maka inilah punca kita tidak memperoleh keberkatan masa.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~ 
blog tok wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...