Itu baru di Malaysia, tapi kalau yang
berkemampuan dan ada kesempatan travel ke luar negara, pasti pernah
melihat jalan raya yang lebih pelik dan dahsyat laluan perjalanananya
kan? Pelbagai bentuk cabaran jalan itu pasti akan di temui.
Pada yang tak pernah travel dan selalu
complain jalan Malaysia ini teruk, ye memang teruk tapi sebenarnya di
luar negara sana ada yang lagi teruk dan pelik mungkin tak pernah anda
lihat. Berikut adalah 7 jalan raya paling berbahaya di dunia yang mesti
anda tengok dan tahu:
1. Zoji La, India
Ladakh dan Kashmir berhubung dengan
jalan raya yang panjang iaitu 9 kilometer. Jalan ini adalah sempit dan
haiwan ternakan sentiasa melalui jalan ini.
2. Yungas Road, Bolivia
Lebuh raya ini adalah salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia dan telah mengambil 200 – 300 nyawa setahun. Gunung yang curam dan tebing memang menakutkan!
3. Atlantic Ocean Road, Norway
Jalan Lautan Atlantik menghubungkan
perkampungan kecil di sekitar pantai. Ramai pelancong yang sukakan jalan
ini. Tetapi anda lihat sendiri bagaimana jalan raya ini yang perlu
melintasi Jalan Lautan Atlantik.
4. Guoliang Tunnel, China
Guoliang Tunnel di bina oleh penduduk
tempatan. Ini adalah satu-satunya jalan keluar yang mudah dari gunung.
Selain dari itu penduduk kampung boleh berkomunikasi dengan dunia luar.
5. Le Passage duGois, France
Jalan ini hanya terbuka untuk beberapa
jam setiap hari. Jalan-jalan yang tersembunyi di bawah air untuk
sepanjang hari. Sebelum memasuki lebuh raya, anda perlu membaca jadual
air pasang surut. Jika tidak, kereta anda akan tenggelam.
6. Caucasus’ Road, Rusia
Jalan sempit ini menghubungkan Sochi dan Ritsa melalui gunung. Ia adalah menakutkan tetapi pada masa yang sama menarik juga.
7. Jambatan Eshima Ohashi, Jepun
Jambatan ini menghubungkan Sakaiminato
dan Matsue. Kira-kira 1.7 km panjang dan 11.3 meter lebar. Dari jauh,
jambatan itu seolah-olah mustahil untuk mendaki. Ketinggian ini
membolehkan kapal-kapal besar melalui di bawahnya.
http://tokeinfo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan