Rabu, 13 Januari 2016

Ini 9 Tanda Si Dia Tak Serius Dalam Hubungan

“Ishh frust betullah dengan Johan ni. Dah lebih 5 tahun kenal dan berkasih, tapi sampai sekarang dia tak pernah mention nak bertunang untuk rapatkan perhubungan, apatah lagi nak kahwin. Bila tanya asyik tak ready, tak ready!”

Memang impian setiap pasangan mengharapkan perhubungan yang dibina berakhir ke jinjang perkahwinan. Namun, tak semua yang bersedia untuk komited ke arah itu meskipun sudah lama berkasih.

Sebab itu masa sedang hangat bercintalah, anda perlu buka mata (maklumlah orang kata cinta itu buta) dan melihat sama ada pasangan anda sudah bersedia atau tidak untuk satu perhubungan yang serius.

Kalau pasangan anda serius, alhamdulillah, anda memang bertuah. Tapi bagaimana pula jika pasangan masih tak bersedia untuk komited?



9 Tanda Cinta Tak Serius Pada Pasangan

1. Tidak bersungguh

Hanya anda sahaja yang asyik telefon dan whatsapp setiap hari untuk bertanya khabar pasangan. Nak harapkan si dia mulakan dulu, alahai memang tak adalah!

2. Take, take & never give

Selalunya anda yang perlu berkorban masa dan tenaga untuknya. Dek kerana sayang, anda rela melakukannya asalkan si dia gembira.

3. Selalu ungkit cerita perhubungannya yang lepas

Biasanya pasangan jenis ini memang tidak bersedia untuk sebarang komitmen serius kerana dia seolah-olah sukar melepaskan hubungan terdahulu. Jadi, cuba elak mengharap satu komitmen daripadanya.

4. Suka mengelak

Jika diajak berjumpa, ada sahaja jawapannya. Busylah. Ada meetinglah. Penatlah. Jangan ambil mudah alasannya kerana itu tandanya pasangan anda mengelak dari berjumpa anda.

5. Pernah kecewa & dilukai

Biasanya, mereka yang pernah kecewa ini memang sukar untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua hubungan seriud. Lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan kerana takut dilukai lagi.

6. Elak berjumpa keluarga dan kawan anda

Sebolehnya pasangan cuba mengelak berjumpa keluarga ataupun berkenalan dengan kawan rapat anda. Baginya, berjumpa dengan keluarga anda seolah-olah berjanji untuk menjaga anda padahal si dia belum bersedia.

7. Semua serba tak kena di matanya

Apa sahaja yang anda buat, semuanya tidak sempurna di matanya sehingga menguji kesabaran anda. Sukar untuk mewujudkan persefahaman. Jadi, jika anda tidak tahan kerenahnya, anda boleh mempertimbangkan untuk let go hubungan dengannya.

8. Sukar percaya dengan orang lain

Pasangan akan sentiasa berhati-hati dengan anda dan sesiapa saja yang cuba dekat dengannya kerana sukar mempercayai orang lain.

9. Suka bercakap mengenai kebebasan

Jika pasangan kerap bercerita mengenai isu kebebasan, fahamilah bahawa si dia masih belum bersedia untuk komited.

Jadi, lakukan sesuatu untuk hubungan yang lebih sihat

Jangan abaikan jika terlihat tanda-tanda ini pada pasangan anda dan tutup mata dengan harapan si dia akan berubah satu hari.

Pada masa yang sama, anda juga perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada anda bersedia untuk komited ke arah perkahwinan. Jangan buatkan mereka ternanti-nanti sesuatu yang tidak pasti. Jiwa akan terseksa dan merana tanpa usaha ke arah ikatan yang sah.

‘Melepaskan’ si dia mungkin adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran anda. Namun, kita sepatutnya bergantung harap pada yang Esa dan bertawakkal kepada Tuhan atas setiap ketetapanNya.

Bagi yang Muslim, dirikan solat istikharah supaya diberi kekuatan dan petunjuk untuk membuat sebaik-baik keputusan. Kalau dah jodoh, insya Allah dia akan tetap kembali kepada kita.

Mungkin saja dia bukan yang terbaik untuk anda. Dan, yakinlah pada Tuhan yang menyediakan seseorang di luar sana sebagai pasangan anda.
sirap limau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...