WAKTU rehat di tengah hari di sekolah mungkin
dianggap sebagai waktu bermain oleh anak-anak anda. Tetapi, waktu ini
merupakan tempoh penting untuk mengambil makanan ringan yang berkhasiat
bagi memastikan anak anda bertenaga sepanjang hari.
Tanpa tenaga yang mencukupi, anak anda mungkin keletihan, sekali gus menempuh hari yang lembab dan tidak bertenaga.
Oleh itu, apabila di waktu pagi, masa menjadi sangat berharga, sama
seperti merancang makan ringan yang perlu disediakan pada waktu rehat
anak anda.
Anda mungkin mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada setiap pagi,
apatah lagi mahu menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun setiap ibu bapa
mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan tidak berkompromi dengan
makanan yang diambil oleh anak mereka.
Bagi meringankan beban untuk menyediakan makanan ringan dengan pantas
kepada anak anda, kami menyediakan senarai makanan ringkas dan tidak
perlu dimasak untuk diberikan kepada anak anda bagi dibawa ke sekolah.
Sandwic tuna dan keju
Apa yang anda perlukan untuk menyediakan makanan ini adalah setin tuna, mayonis, kepingan keju dan sayuran seperti tomato, salad dan timun selain roti sebuku roti. Anda mempunyai banyak pilihan makanan bertin di pasar raya pada hari ini.
Anda boleh menggunakan tuna atau makanan bertin lain yang sudah digaul dengan mayonis serta potongan sayur sebagai cara mudah pada setiap pagi untuk menyediakan bekalan sandwic kepada anak anda.
Pisang dan MILO
Ini ditambah dengan fakta bahawa pisang merupakan sumber terbaik bagi
menjana tenaga anak anda. Memakan pisang semasa waktu rehat boleh
mengawal kandungan gula dalam darah, membantu penghadaman dan menghalang
anak anda daripada lapar sehingga makan rehat seterusnya.
Kandungan kalium yang kaya di dalam pisang, boleh membantu
menyalurkan bekalan oksigen ke bahagian otak, sekali gus meningkatkan
tahap kecerdasan anak anda. Malah makanan ini lebih mudah disediakan
untuk anak-anak kerana anda hanya perlu memasukkan pisang ke dalam beg
sekolah mereka. Hanya dengan membungkus sebiji pisang, bergantung kepada
saiz sama ada pisang berangan atau dua biji pisang emas, maka makanan
ringan untuk anak anda telah disiapkan.
Jangan lupa untuk meletakkan sekotak MILO UHT bagi melengkapkan
jumlah pemakanan berkhasiat yang diambil oleh anak anda pada waktu
rehat.
Terdapat banyak pilihan snek sarapan yang dijual di pasaran pada hari ini. Pilih sahaja snek yang digemari oleh anak anda dan pastikan pilihan itu merupakan snek rendah gula serta penuhi stok di dapur anda. Sediakan makanan ini kepada anak anda pada waktu pagi kerana cara ini sangat mudah dan mungki memberikan masa beberapa minit kepada anda untuk menyambung tidur.
Selain itu, anda boleh mencampurkan beberapa perisa dan membungkuskan semula dalam bungkusan kecil sebagai bekalan makanan untuk anak anda serta selitkan sekali sekolah susu atau MILO UHT. Anak anda boleh terus memakan campuran itu atau tuangkan MILO UHT ke dalam bekas makanan dan nikamatinya seperti bijirin sarapan.
Buah dan kismis
Bagi menyediakan makanan ini, anda perlu mengetahui buah kegemaran anak anda, sebungkus atau sekotak kismis dan satu sudu the kayu manis. Potong buah dan campurkannya dengan sebungkus kismis di dalam bekas makanan. Kemudian, taburkan sedikit serbuk the kayu manis bagi membangkitkan aroma makanan tersebut.
Biskut kacang mentega
Kacang mentega memilik kandungan protein yang tinggi dan merupakan
sumber yang bagus bagi menjana tenaga anak anda pada waktu rehat. Cara
penyediaannya amat mudah iaitu berikan anak anda biskut kacang mentega
yang berkhasiat yang tidak bergula atau kurang bergula. Sapukan kacang
mentega itu pada biskut kosong dan apitkannya dengan sekeping lagi
biskut sehingga ia kelihatan seperti sandwic.
Sarapan mudah dan berkhasiat ini juga membolehkan anak anda berkongsi
dengan rakan mereka, tetapi pastikan anda menyediakan bekalan yang
mencukupi.
Ibu bapa yang sentiasa memastikan anak mereka bertenaga boleh
membantu kanak-kanak kekal fokus dan cerdas sepanjang hari. Makanan
ringn ini hanya mengambil masa maksimum selama lima minit untuk
disiapkan, sekali gus meringankan beban anda di waktu pagi yang sarat
dengan perkara lain yang perlu diuruskan.
Jika semua idea ini tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda perlu
menyediakan minuman berkhasiat dan bertenaga seperti MILO UHT di dalam
beg sekolah anak anda untuk memastikan mereka mendapat jumlah tenaga
yang mencukupi sepanjang hari.
mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan