Dua wanita
Jepun, Shiho Yamamoto dan Ayaka Fujiwara, mengajukan soalan kepada Dr
Zakir Naik dalam sebuah forum terbuka. Tak disangka, jawapan Dr Zakir
Naik membuat Shiho Yamamoto masuk Islam dalam suasana yang mengharukan.
"Aku punya
soalan, aku ingin tahu apa tujuannya Tuhan menciptakan manusia? Apa yang
dikehendaki-Nya dari kita? Dan aku menonton salah satu ceramahmu di
Youtube, kau menjawab bahawa kita semua memilih menjadi manusia. Tapi
sebelum itu, kenapa Tuhan mencipta manusia sebagai pilihan bagi kita?
"Kata Shiho Yamamoto.
"Soalan yang sangat bagus," kata Dr Zakir Naik mengawali jawapannya.
"Saudari ini bertanya apa tujuan dari penciptaan kita di dunia dan kenapa Tuhan menciptakan manusia.
Manusia
adalah salah satu makhluk Tuhan yang terbaik. Semua ciptaan Tuhan,
sebagai contoh malaikat. Malaikat selalu mematuhi Tuhan. Apa yang
difirmankan-Nya, sentiasa dipatuhi. Mereka tidak mempunyai pilihan
kecuali patuh 100%.
Kita
sebagai manusia diberikan kehendak bebas oleh Tuhan. Kau boleh memilih
patuh atau kau boleh tidak mematuhi. Jadi kita adalah ciptaan yang
berbeza. Itu artinya makhluk-makhluk lain taat 100%. Kita sebagai
manusia punya pilihan untuk taat atau tidak taat. Jadi para malaikat
lulus. Gunung juga muslim, lulus.
Sementara
manusia punya dua pilihan. Jika kita patuh sementara punya kehendak
bebas, kita boleh menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Jika kau tidak
taat, kau seperti setan.
Jadi Tuhan telah bertanya, "Siapa yang ingin jadi manusia?". Quran berkata kitalah yang bodoh.
Sang guru
berkata, "Tidak perlu ujian, aku langsung meluluskanmu dengan nilai 40.
Mereka yang ikut ujian boleh mendapat lebih, boleh dapat 90, 60 atau 10.
Mereka yang ikut ujian, langsung dapat 40."
Quran berkata, kitalah yang bodoh. Kita ingin mendapat nilai lebih, "oke aku mau ikut". "
Kemudian Dr Zakir Naik menjelaskan surat Al A'raf ayat 172.
Selepas itu Dr Zakir Naik menjelaskan tujuan penciptaan manusia dalam Surat Adz Dzariyat ayat 56.
Setelah
panjang lebar Dr Zakir Naik menerangkan, wanita itu kemudian sependapat.
Bahkan ketika ditanya oleh Dr Zakir Naik apakah ia yakin Tuhan itu
satu, gadis itu berkata yakin. Apakah ia yakin Muhammad adalah utusan
Tuhan, ia pun yakin.
Ketika ditawarkan untuk mengucapkan syahadat, gadis Jepun itu menangis. Ia meniru syahadat yang diucapkan oleh Dr Zakir Naik.
"Alhamdulillah, saudari kita ini telah menjadi muslim," kata Dr Zakir Naik disambut takbir penonton.
*sumber http://bersamadakwah.net/ detik islam
*sumber http://bersamadakwah.net/ detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan