Kalau kedai tak laku, dikatakan kena buatan orang. Kalau kedai tuh laku sangat, dikatakan pula guna pelaris. Langsung takde ke dalam benak mereka yang segala kejayaan/kegagalan itu sebahagian besarnya berpunca dari tindakan pelaku itu sendiri?
Kat sini aku bukan nak menafikan kewujudan makhluk halus kerana dalam Islam mempercayai akan kewujudan mereka adalah wajib. Aku cuma nak bagi teguran kat sebahagian orang kita yang mudah sangat menyimpulkan asbab berlakunya sesuatu musibah adalah berpunca dari perlakuan jin dan setan.
Daripada hang duk tertanya-tanya setan mana yang kasi muflis kedai hang, baiklah hang belajar macam mana nak majukan balik bisnes hang. Buktikan hang lagi bagus dari setan. Kan lagi baik?
Kredit : Komik Sarkazam /http://tukang-sampai.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan