Pening juga kaum lelaki kalau wanita yang dicintai mula merajuk dan
tarik muka. Tapi kenapa anda tak cuba memujuk terlebih dahulu jika masih
ada peluang. Lagi mudah jika anda tahu apa yang disukai oleh pasangan
anda untuk sejukkan hatinya, jom semak...
1. Bunga yang si dia suka saja
Wanita cukup suka kalau dapat bunga, mungkin tidak kenyang perut tapi
anda perlu percaya bahawa bunga buat wanita 'kenyang emosi' a.k.a senang
hati. Tak perlu banyak, dapat sekuntum lagi dekat dengan penyampaian
yang anda adalah lelaki romantik.
Pastikan anda betul-betul selidik yang wanita kesayangan anda tidak anti-bunga. Perlu ya, nanti ke tong sampah pula!
2. Coklat yang banyak
Tahu tak coklat boleh 'menghapuskan' segala perasaan negatif? Bagi
lelaki yang masih pening mencari sesuatu istimewa buat wanita
kesayangan, apa kata jika anda cuba hadiahkan coklat. pilih pelbagai
coklat berbeza dan hantar secara rahsia atau menggunakan orang tengah.
Ya, makan coklat pun boleh hilang segala tekanan tau! cubalah...
3. Barang comel yang boleh dijadikan koleksi
Paling senang jika anda tahu wanita anda suka kumpul apa dalam
banyak-banyak barang. Ya, minat wanita terhadap sesuatu pasti berbeza.
Ada yang suka kumpul kasut, beg, buku, pakaian, jam, barang solekan,
barang antik, pinggan mangkuk, dan lagi istimewa suka kumpul emas(Bagi
anda yang punya bajet besar sahaja).
Sudah pasti anda terpaksa kumpul duit untuk belikan mereka sesuatu.
Tapi pastinya ini bukan satu masalah kerana anda sendiri boleh pilih dan
agak barangan apa yang paling mudah untuk dimiliki untuk dijadikan
hadiah kepada wanita kesayangan.
4. Tiket perlancongan
Kalau ada bajet lebih, sesekali boleh buat kejutan dengan membawa
wanita kesayangan anda ke tempat-tempat menarik yang belum pernah
dikunjungi. Tidak jauh dan masih dalam negara pun masih ok jika si
wanita anda belum pernah ke tempat tersebut. Tambah pula jika bawa ke
tempat yang jenis romantik, ada pantai, atau mungkin tempat yang banyak
bunga. Wanita kan suka sesuatu yang nampak cantik dan tenang.
5. Makanan ikut selera
Ini paling senang jika wanita yang dipuja cukup suka makan, tambah pula jika jenis yang berani mencuba. Anda boleh cari menu yang istimewa dan pastikan mengikut selera si dia, tidak kira mahal atau murah janji dia suka.
Jangan pelik jika wanita kesayangan teruja hanya apabila dapat hidu
menu kesukaannya yang disediakan air tangan anda sendiri. Kalau pun tak
pandai masak, anda boleh cuba dulu dengan menggunakan resepi. Mesti si
dia tersenyum dan menghargai. Senang, bukan? Ada banyak pilihan untuk
anda pujuk orang tersayang.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan