Selasa, 26 Januari 2016

3 Resipi Dari Lebihan Roti

 3 Resepi Lebihan Roti
3 Resepi Lebihan Roti
 
Jangan risau jika anda tidak berjaya menghabiskan roti yang dibeli. Sebelum hampir ke tarikh luput, kami mahu berkongsi bersama anda cara mempelbagaikan resipi dari lebihan roti supaya anda tidak terus membazir. Hujung minggu sebegini memang menarik untuk 'melariskan' lebihan roti yang terbiar di dapur.



 
1. PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan:
Lebihan roti
1 sudu marjerin
1 biji telur
1/2 cawan gula
2 sudu tepung kastad
1 cawan susu cair
1 sudu teh Sunquick perisa oren
1 sudu kismis
1 sudu cip coklat

Cara Membuat:
Satukan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk kecuali kismis dan cip coklat kerana dua bahan ini akan ditabur ke atas roti. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah disusun roti yang telah ditabur kismis dan cip coklat. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah selsius. Puding roti ini lebih lazat dimakan panas bersama air krim vanila.

Info: Puding roti mampu membangkitkan selera pada awal pagi kerana haruman dari perisa Sunquick oren. Gabungan puding roti yang panas bersama aiskrim membantu anak-anak berselera dengan gaya hidup sihat berbanding mengambil snek ringan yang lain.


2. SUP CENDAWAN "CROUTON"

Bahan-bahan:
Lebihan roti yang sudah dibakar
10 biji cendawan butang dan shitake dicincang halus
100 gram isi ayam cincang
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih yang dicincang
1 biji bawang besar yang dicincang
1/2 kotak kecil uht whipping cream (boleh ganti susu cair)
1/2 cawan air
1 sudu serbuk lada hitam dan putih

Cara Membuat:
Isi ayam, bawang putih, bawang besar, cendawan butang dan shitake di tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan krim dan setengah cawan air. Akhir sekali masukkan perisa dari kiub ayam, serbuk lada hitam dan lada putih. Masak sehingga pekat dan boleh dihidang dengan taburan "crouton".

Info: Crouton merupakan lebihan roti yang disapu marjerin dan bawang putih. Ia kemudian dibakar sehingga kekuningan dan ranggup sebelum dipotong dadu bersaiz kecil. Ia sememangnya lebih lazat dan sesuai dimakan bersama segala jenis sup berkrim dan juga salad sayuran.

3. ROTI BERGULA MADU

Bahan-bahan:
Lebihan Roti
Marjerin
Madu
Gula

Cara Membuat:
Sapukan marjerin dan madu di atas roti. Kemudian tabur dengan gula mengikut kesukaan. Bakar beberapa minit di dalam ketuhar sehingga warna kelihatan kuning dan rangup.

Info: Roti bergula ini boleh tahan lama jika disimpan di dalam bekas kedap udara. Roti bergula ini lebih sedap dinikmati pada cuaca sejuk lebih-lebih lagi bersama kopi kampung yang panas dan pekat.
keluarga.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...