
Mamak Haji tak tahu pulak asal usul mee jawa ini, kalau ke Pulau Jawa tak ada pulak orang Jawa jual Mee Jawa, yang popular di sana “Bakmi Jawa” atau “Mie Celor” Palembang. Mungkin ia sama dengan, “Mee Bandung” , yang tidak ada di Bandung, Indonesia tetapi ada di negara kita. Setahu Mamak Haji , Mee Jawa ini sangat popular dalam kalangan masyrakat Cina di Pulau Pinang sebagai sarapan pagi. Ada yang kata di Johor pun popular juga. Penyediaan Mee Jawa ini ada berbagai versi seperti Mee jawa Nyonya yang lebih perasa tomato dan masam. Ada juga resepi mee jawa gunakan stok daging lembu, ia memang sedap tapi untuk orang beragama Hindu dan Budha ia tak sesuai. Maka Mamak haji fikir resepi gunakan bahan asas udang lebih sesuai untuk majlis jamuan pelbagai kaum.





