Ahad, 31 Ogos 2014

Hebatnya Pengubatan dengan Melihat Warna Hijau

Hebatnya Pengubatan dengan Melihat Warna Hijau  
Hijau adalah warna yang paling enak untuk dipandang. Membawa suasana yang tenang dan damai. Warna hijau ini merupakan warna yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Ternyata warna kesukaan dari Nabi SAW ini mempunyai khasiat tertentu. Yakni dapat menjadi ubat bagi kesihatan kita.
 
Ada cara yang sangat moden untuk rawatan kemurungan iaitu rawatan dengan melihat dan memerhatikan warna-warna semula jadi iaitu warna hijau. Dan bahawasanya melihat selama satu jam setiap hari pada pokok-pokok dan bunga-bunga dan warna-warnanya yang hidup merupakan cara yang sangat berkesan untuk merawat kemurungan, kekecewaan dan pelbagai keadaan psikologi.
 
 

Tips Membeli Spare Part Kenderaan


  
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.

1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.
 

APS : RAIFAL AK 47 Yang Boleh Digunakan Di Dasar Laut

AK 47 ialah raifal yang paling terkenal di dunia dan digunakan oleh pejuang sayap kiri dan askar Russia. Senjata rekaan Mikhail Kalashnikov ini tahan lasak dan boleh digunakan di dalam situasi paling extreme. Tetapi tahukah anda wujud versi AK 47 yang boleh digunakan di dasar laut?


APS Avtomat Podvodny Spetsialnyy - "Special Underwater Assault Rifle" ialah AK47 yang diubahsuai untuk kegunaan pasukan komando Spetznaz Russia. Pada tahun1975 ia mula digunakan Spetznaz bagi tujuan menentang serangan sabotaj askar musuh. Raifal AK 47 biasa tidak boleh digunakan di dasar laut kerana peluru biasa tidak boleh bergerak jauh di dalam air dan ledakan gunpowder akan merosakkan komponen raifal. APS menggunakan peluru khas berbentuk jarum besi yang boleh menikam musuh dan peralatannya di dalam air. Bentuk peluru yang tirus juga memastikan ia boleh menyerang musuh yang terletak sejauh 30 meter. Setiap magazin APS mampu menyimpan 26 peluru.

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Tempoyak


 

Semperna cuti  Hari Kemerdekaan......... semua anak-anak ada dekat rumah. Cuba resepi ini untuk makan tengah hari...... Best tau 

Fakta - Apa Yang Berlaku Pada 26 OGOS 1975. PERISTIWA INI PERNAH MENGEMPARKAN NEGARA MALAYSIA!

 
 
SEMPENA  bulan kemerdekaan ini mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Semoga artikel dan peristiwa bersejarah ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan rasa kecintaan kita pada bumi bertuah 'MALAYSIA'.
 

Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta. Bukan mudah melupakan orang yang kita cintai. Tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, bercakap memang mudah. Tapi tak mustahil kan?

Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan. Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah. Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Kehidupan amat perit saya rasakan. Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia. Terlihat tempat makan itu, teringat si dia. Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?


Rungkanlah Nasihat Ibnu Qayyum Ini!


 
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt
 
 

Istiqamah Adam Corrie

  


SETELAH hampir lapan tahun memeluk Islam, aktor, Adam Corrie Lee Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Corrie mengakui masih giat mendalami ilmu agama sehingga ke hari ini.


Bukan itu saja, pemilik nama asal Lee Choon Kooi ini nekad untuk terus istiqamah terhadap pegangannya itu demi mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Ketika ditanya mengenai perkembangan dirinya, Corrie menjelaskan dia masih lagi mencuba untuk memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa.


"Pertama, semua perkara yang dilakukan haruslah diniatkan hanya kerana ALLAH SWT.


Sabtu, 30 Ogos 2014

Kisah Hebat Imam Bukhari dan Imam Muslim - Dr Asri

Dari dulu lagi ada perselisihan dan pertikaian antara ulama, bukan zaman sekarang sahaja. Zaman sekarang semua orang nampak dan tahu kerana ada media-media terutamanya internet yang terlalu cepat tersebar dan boleh dibaca serta ditonton di mana-mana saja.

Ikuti sekelumit kisah tentang akhlaq dan peribadi mulia Imam Al-Bukhari rahimahullah. Begitu juga dengan keperibadian cemerlang Imam Muslim rahimahullah, yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin di atas.......

Pocong Belakang Pengawal!

Kisah yang akan aku ceritakan ini, pengalaman aku dengan kawan sekerja aku sama-sam kerja Mac Donald. Kerja sebagai pelayan restoran ini biasa lah kan memang sibuk memanjang, lagi-lagi kerja di dalam dapur. Biasa shiff aku memang selalu malam je, kena buat closing, cleaning semua memang memakan masa.

Kerja pun habis lewat-lewat 12 lebih dekat 1 pagi jugalah, aku dan kawan aku naik moto sama sebab tinggal pun dekat-dekat juga. Masa perjalanan nak balik rumah, aku ikut jalan Conlay dekat Kompleks kraff tu. Sana memang sunyi je atas pukul 10 malam, lagi satu kat situ selalu ada roadblok polis. 


   
 

Info -Awas! Bahan krim kulit yang tidak patut digabungkan

Kebanyakan wanita tidak mempedulikan bahan-bahan yang terkandung dalam krim   atau barang penjagaan kulit anda. 

Adakalanya wanita menggabungkan beberapa jenis produk daripada jenama berbeza tanpa memeriksa sekiranya ia selamat untuk kulit.

Ianya amat penting untuk mengetahui kandungan bahan-bahan yang terkandung dalam set penjagaan kulit wajah anda bagi mengelak masalah di kemudian hari. 

Seperti dipetik dari Allure, kami kongsikan antara bahan-bahan yang tidak sepatutnya digabungkan atau digunakan bersama. Periksa set penjagaan harian untuk kulit wajah anda sekarang!


Jumaat, 29 Ogos 2014

Tanda-tanda kiamat yang semakin hampir

Tanda-tanda kiamat
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
 

Tip Elak Anak Sakit


sakit
Kanak-kanak sedang membesar sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang berisiko menyebabkan mereka sakit seperti demam, batuk dan selesema. Justeru kita perlu mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko jatuh sakit.
Mereka mudah meniru perbuatan orang dewasa terutama ibu bapa sendiri. Oleh itu apa kata biasakan anak-anak anda dengan amalan sihat berikut supaya ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup mereka dan secara tidak langsung mengajar mereka gaya hidup sihat.

Buat Kebaikan Tapi Diuji Musibah


Buat Kebaikan Tapi Selalu Diuji Musibah
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Seorang rakan bertanya kepada saya mengapa setiap kali dia berbuat kebaikan contohnya, tidak meninggalkan solat, solat tepat pada waktunya, memberi sedekah dan membuat amal kebajikan, namun dia sentiasa dilanda musibah atau perkara-perkara tidak baik. Akibatnya dia takut berbuat baik. Bukan tidak redha dengan ketentuan Ilahi tetapi dia tidak faham mengapa keadaan sebegini dialaminya. Harap Ustaz dapat membantu.

Khamis, 28 Ogos 2014

Finalis Da'i Pendakwah Milenia Musim Ke 2 (2014)..

Program keagamaan TV3 yang telah berjaya memartabatkan status pendakwah milenia iaitu Da’i bakal kembali untuk musim kedua! Program realiti ini yang pernah menjadi perhatian masyarakat di Malaysia pada tahun lalu berjaya memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini.


http://selongkar10.blogspot.com/2014/08/8-finalis-dai-pendakwah-milenia-musim.html

Da’i musim kedua yang akan bersiaran pada bulan Ogos 2014 nanti bakal menampilkan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara program. Sementara itu, juara Da’i musim baru ini bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000. Selain wang tunai, pemenang juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah sampingan.

Daripada uji bakat Da’i musim kedua yang akan bermula pada 5 Mei hingga 29 Mei 2014 sambutan dan kualiti yang amat menggalakkan dari kalangan peserta. Jadi jom kita selongkar..


Kepentingan Memulihara Elektrik

Ada 2 perkara yang diberi perhatian dalam memulihara elektrik, iaitu mengurangkan pembaziran dan juga meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan apa kesan jika berlakunya kekurangan tenaga elektrik. Jom kita tengok.



Kepentingan Memulihara Elektrik 
 
 

Warga Palestin Menukarkan Gambar Letupan Bom Kepada Sesuatu Yang Kreatif

Konflik di Gaza mengorbankan banyak nyawa orang awam yang tidak berdosa apabila Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah semenanjung itu. Beberapa warga Palestin menemui cara untuk melalui keperitan hidup dan mengatasi emosi mereka dengan menukarkan gambar letupan bom kepada suatu karya yang kreatif. 
Karya mereka menggambarkan semangat juang dan penentangan rakyat Palestin dan Gaza terhadap kekejaman Israel.  
 

Kebaikan Derma Darah


 
8 Sebab kenapa perlu Derma Darah

8 Kebaikan Derma Darah


You all pernah derma darah tak? Pada yang telah menderma. Alhamdulillah. Darah yang didermakan mungkin telah menyelamatkan ribuan nyawa tanpa kita ketahui. Pada yang belum, jangan rasa rendah diri k. Masih belum terlewat untuk berbakti sambil menikmati
8 kebaikan luar biasa seperti kat bawah ni:
 
 

Resepi - Serimuka Jagung yang sangat sedap!

 
 Dah lama betul tak buat kuih seri muka.
Bila Dalili minta ita buatkan kuih serimuka, ita pun mintalah suami belikan pulut.
Dalili memang suka sangat makan kuih tradisional lebih-lebih lagi kuih serimuka.
 
 

Fakta MERDEKA: Di Rumah Inilah Tunku Berurusan…


Kunjungan ke Rumah Merdeka peninggalan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra di belakang Hotel Royale, Jalan Putera, Kedah berupaya mengembalikan nostalgia kepada perjuangan Tunku dalam memperoleh kemerdekaan negara.

Kini Rumah Merdeka diambil alih Arkib Negara dengan mengekalkan keadaan asalnya.

Rumah ini dinamakan Rumah Merdeka kerana di sini juga urusan untuk mendapatkan kemerdekaan dilakukan oleh Tunku bersama rakan-rakannya.


Sebab Kenapa Lelaki Curang


Kenapa lelaki walaupun dah ada isteri cantik/awek comel tapi tak setia jugak? Nak tahu baca kat bawah ni.

1. Handsome
  • walaupun poket kosong dan takde duit asalkan ada rupa, saham tetap tinggi..awek mudah je jatuh hati.
 

Carilah Rezeki Dengan Menikah '



Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya.


Kisah Teladan Stokin Koyak

stokin koyak
Kisah Teladan Stokin Koyak - Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, “Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti.”


Rabu, 27 Ogos 2014

Perang Israel-Palestin Tamat, Hamas Raih Kemenangan


Gaza , 27 Ogos(AP) -Israel dan Hamas pada Selasa, 27 Ogos, telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2,200 orang, majoritinya rakyat Palestin.

Gencatan senjata panjang tersebut menandakan perang tujuh minggu tersebut telah tamat.

Gencatan senjata berkuat kuasa serta merta pada jam 1600 GMT, tetapi keganasan berterusan sehingga saat-saat akhir.
 

Bangunan tertinggi di Gaza musnah

Serangan udara terbaharu yang dilancarkan Israel awal pagi semalam bukan sahaja meragut dua lagi nyawa rakyat Palestin, tetapi turut memusnahkan salah sebuah bangunan tertinggi di wilayah itu.
Bangunan tertinggi di Gaza musnah
Bangunan tertinggi di Gaza musnah

Serangan ke atas bangunan pangsapuri dan pejabat itu telah mencetuskan satu letupan besar dan mencederakan lebih 20 penduduk lain.

Pegawai Palestin memaklumkan, 70 keluarga tinggal di bangunan 13 tingkat itu dan ratusan jiran yang tinggal di kawasan berhampiran juga diarahkan berpindah berikutan bimbang bangunan tersebut runtuh.

Seni Asap Didalam Botol

Artis ini bermula dengan salutan botol permukaan dalaman dengan asap. Beliau kemudian menggunakan berus dan alat-alat kecil yang dipasang di hujung kayu penetap untuk mencapai bahagian dalam. beliau perlahan-lahan dan terpilih memadamkan kawasan-kawasan tertentu. Asap yang masih di kaca membentuk imej-imej yang menakjubkan dilihat di bawah.



   


Cara Nak Buat Bekas kekasih Anda Menyesal...



1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne  "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

Erti Sebenar Merdeka


 http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2009/09/merdeka52.png    merdeka52 150x150 Erti Sebenar Merdeka  merdeka52 150x150 Erti Sebenar Merdekamerdeka52
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Acapkali benar kita ucapkan tanpa memahami erti sebenar kalimah yang dilaungkan di bibir.
 Merdeka itu hanyalah suatu kalimah yang erti sebenarnya seringkali disalahertikan. Merdeka itu maksudnya ‘perpindahan dari suatu wilayah ke suatu wilayah lain’. Dari suatu bentuk kekuasaan, kita berpindah ke suatu bentuk kekuasaan yang lain.

Manusia akan senantiasa berada di bawah jajahan pelbagai bentuk kekuasaan. Manusia yang berlandaskan nafsu semata-mata, manusia yang memikirkan harta benda, manusia yang memiliki semangat kebangsaan. Kesemua ini membuktikan manusia berada di bawah jajahan suatu kuasa. Samada dijajah kuasa nafsu, harta benda mahupun semangat kebangsaan, manusia tidak akan terlepas dijajah.
 

Resepi Rendang pisang muda

Dsc01927
bila ank2 balik, lupakan diet mendiet seketika...coz anak2 rindukan masakan dari air tangan ibu..xkan nk tengok diorang mkn je...kenalah mkn brjemaah brsama2..barulah berkat... 


Punca Mengapa Wanita Berasa Sakit Ketika Bersalin


Dalam badan wanita ada hormon kasih sayang iaitu hormon oksitoksin. Hormon ini hanya hadir jika wanita itu berasa tenang, disayangi dan dipenuhi perasaan cinta serta suka. Hormon oksitoksin adalah hormon penenang dan ia dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak.
Kedua-dua proses tersebut tidak menyakitkan. Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta sebagaimana cinta semasa hubungan intim.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormon yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oksitoksin, beta endorfin dan prostaglandin.

Chemburuuuu..betull ke... Shayangg

  

Banyak sudah terjadi pasangan yang putus hubungan kerananya. Ada yang putus persahabatan, tali pertunangan dan

tidak kurang juga berlaku perceraian ikatan perkahwinan gara-gara cemburu.

Malah sering juga terdengar kisah cemburu menjadi motif kepada kes-kes jenayah termasuklah pembunuhan. Justeru

adanya cemburu boleh meracuni perhubungan dan pergaulan di tengah kehidupan.
 

Buat kebaikan semasa hidup


MENJADI seorang yang beramal, beriman dan bertakwa sangatlah payah jika tidak mempunyai ilmu. Justeru, ilmu memandu kita ke arah kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Agama Islam adalah agama yang menganjurkan kepada penganutnya untuk berfikir dan mendorong mereka agar berbuat kebaikan dalam semua perkara. Justeru, sebagai umat Islam perlu bersyukur kerana diberikan nikmat iman dan Islam.

Nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia adalah kesihatan tubuh badan, keamanan dan kemakmuran, iman, Islam dan kemerdekaan serta kesempurnaan fizikal dan mental.
 

Tentang Zikir



Ada banyak ayat dalam al Quran yang menyebut, 'Ingatlah Aku pagi dan petang'. Tanpa sokongan hadith sudah tentu kita tidak mengenal waktu pagi yang manakah dan petang tatkala manakah yang Allah perintahkan untuk kita mengingatiNya.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. "Allah s.w.t. berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku selepas solah asar dan suboh nescaya Aku mencukupi kamu diantara kedunya.
 

Selasa, 26 Ogos 2014

Apa Itu ‘Ice Bucket Challenge’?|Risiko ‘Ice Bucket Challenge’ Terhadap Kesihatan

Tiada risiko bersifat major yang akan berlaku kepada mereka yang menyertai ‘Ice Bucket Challenge’ (Cabaran Baldi Ais) yang ketika ini sedang viral di media sosial, kata doktor pakar.

Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Integrasi Perubatan Profesional Malaysia (MIMPA) Dr Rahmat Harun, cabaran tersebut hanya berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis.

“Ia tidak mendatangkan risiko yang besar kerana rasa kesejukan seketika di kepala. Ia berbeza dengan ‘brain freeze’ yang didapati jika mengambil makanan sejuk seperti ais krim. Brain freeze belaku apabila rasa sejuk memberi kesan kepada suhu teras badan. Air dan ais yang digunakan dalam cabaran ini dituang dari jauh, jadi ianya tidak memberi kesan yang banyak ke atas suhu badan.

Keunikan Basikal Diserata Dunia

Basikal telah diperkenalkan pada abad ke-19 dan kini jumlah kira-kira satu bilion di seluruh dunia, dua kali ganda sebagai kereta. Mereka adalah cara utama pengangkutan di kebanyakan rantau. Mereka juga menyediakan satu bentuk popular rekreasi dan telah disesuaikan untuk kegunaan seperti barang mainan kanak-kanak, kecergasan dewasa, aplikasi tentera dan polis, perkhidmatan kurier dan lumba basikal. Walau bagaimanapun, sesetengah sepeda mengambil cinta mereka untuk seni n 'kraf dan kesintingan mereka ke tahap yang baru ..moh kite tgk yg mana pilihan korang


   
 

Ekslusif: Russia Akhinya Dedah Bukti Data & Imej Satelit Hari Kejadian


  
Kementerian Pertahanan Russia akhirnya membuat satu pendedahan bukti data dan imej satelit mengenai tragedi pesawat MAS MH17 sebagai respon kepada dakwaan pelbagai pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Bagi yang belum menonton video, boleh baca ulasan yang dibuat menerusi gambar video. Jadi benarlah laporan dari Ttwitter "spainbuca" yang telah dipadamkan oleh pihak Twitter bahawa memang terdapat jet pejuang yang mengekori MH17. Malaysia sekarang jadi kambing hitam kepada kuasa-kuasa besar bertelagah.



Kenali Masalah Kulit Bayi

Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Oleh itu, penjagaan yang khusus sangat diperlukan terutamanya bagi bayi yang menghadapi masalah kulit. Jom lihat panduan penjagaan kulit untuk si manja anda.

  
 
Ruam panas
Ia berlaku apabila kulit bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Ia kan timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan, bintik-bintik merah seakan jerawat akan timbul.
 
 

Info - Kenali Jenis- Jenis Jerawat

BINTIK PUTIH (white heads)


  

  • Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. 
  • Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. 
  • Bintik putih bukan disebabkan jangkitan kuman.

Ustaz Azhar Idrus – Tip Untuk Tenangkan Hati


DOA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
 
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


Isnin, 25 Ogos 2014

Resepi - Nasi Beriani Berkerisik

 
Bahan-Bahan:

225 gm beras Basmathi
2 camca besar minyak sapi
3 camca besar cili giling
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya
450 ml santan, daripada setengah biji kelapa

2 camca besar kerisik
4 cm lengkuas-dikisar halus
6 biji bawang merah-dikisar halus
3 ulas bawang putih-dikisar halus
2 cm halia-dikisar halus
1 batang serai-dikisar halus
 

Kenapa Api Padam diSimbah Air?

  http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2011/01/api-dan-air.jpg
api dan air 225x168 Kenapa Api Padam diSimbah Air?  
Kanak-kanak yang membesar di kampung tentunya pernah bermain dengan api, mancis, lilin dan pemetik api atau apa sahaja yang berkaitannya. Sekurang-kurangnya melihat si ibu atau bapa membakar sampah atau dedaun kering di halaman rumah. Jika tidak mengapa pula tercipta bait-bait lagu yang indah dan mencetuskan kesedaran seperti �Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi’ dan seterusnya. Individu yang mencipta lagu tersebut mungkin pernah bermain api atau pernah melihat kanak-kanak bermain api. Di zaman moden, mungkin agak sukar untuk kita lihat peristiwa-peristiwa bermain api di kalangan kanak-kanak.
 

Petua Lebih Disayangi Suami


Petua Lebih Disayangi Suami
Oleh:Editorial Mingguan Wanita
Ketika peluang bertanyakan soalan dibuka, seorang wanita duduk paling belakang mengangkat tangannya. Tanyanya, “Kadang-kadang saya tak faham dengan suami saya, dia macam tak sayang, tapi bila saya tanya sayang tak, dia jawab sayang tapi nak tunggu dia kata sendiri memang tak dapat. Kenapakah orang lelaki begitu? Apakah itu menunjukkan mereka memang tak kisah dengan perasaan para wanita?”

ULANGI KEMBALI MUHASABAH DIRI ANDA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Ulangi kembali muhasabah diri Anda!   Perhatikan hikmah Tuhan Yang Maha Lembut dan Maha Tahu ketika menyusun badan, memposisikan organ-organ dan menyiapkannya untuk menjalankan fungsi masing-masing! Perhatikan bagaimana Dia menyediakan kantung-kantung yang berfungsi menampung dan mengumpulkan sisa-sisa zat agar tidak tersebar dalam badan sehingga boleh merosakkannya.


Ahad, 24 Ogos 2014

K-Pop itu haram.. – Ustaz Azhar Idrus


Keindahan Air Terjun Tiga Jambatan di Dalam Gua Yang Mempersonakan


Tempat ini bukanlah lokasi penggambaran buatan manusia, ini adalah salah satu tempat yang menakjubkan di bumi yang telah terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu. Gua yang terletak di negara Lebanon ini mempunyai tiga jambatan semulajdi di dalamnya. Dan yang lebih menakjubkan lagi, apabila salji mula meleleh dari Gunung Lebanon, di tengahnya akan terbentuk sebuah air terjun yang membuat tempat ini laksana dunia dongeng. 
 

INFO - Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Penyakit Rematik

  
Penyakit rematik atau yang dalam bahasa perubatannya disebut rheumatoid arthritis (RA) adalah keradangan sendi kronik yang disebabkan oleh gangguan autoimun. Gangguan autoimun berlaku apabila sistem kekebalan tubuh yang berfungsi sebagai pertahanan terhadap penceroboh seperti virus, bakteria, dan cendawan, keliru menyerang sel dan jaringan tubuh sendiri. Selain rematik, ada banyak gangguan autoimun lain, misalnya penyakit lupus, multiple sclerosis   dan diabetes jenis 1   . Pada penyakit rematik, sistem imun gagal membezakan rangkaian sendiri dengan benda asing, sehingga menyerang jaringan tubuh sendiri, khususnya rangkaian sinovium iaitu selaput tipis yang melapisi sendi. Hasilnya boleh menyebabkan sendi bengkak, rosak, sakit, meradang, kehilangan fungsi dan bahkan cacat.
 

Bersabar Dalam Menghadapi Apa Jua Ujian


Bersabar Dalam Menghadapi Apa Jua Ujian
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Al-Baqarah - 155
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Resepi Pembuka Selera - Lala Tumis Serai


Lala tumis serai

Bagi penggemar masakan laut, anda boleh cuba resepi Lala Tumis Serai dengan cara yang sangat mudah dan paling istimewa sebab rasa dan bau sajian ini saja, mampu memukau selera anda.


Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin?

Pernah terfikir kenapa teman lelaki anda masih belum melamar atau masuk meminang anda walau dah bertahun-tahun bercinta? Memang kaum wanita akan rasa stress bila perkara ini terjadi, apa lagi bila balik kampung, semua orang asyik bertanya. Tapi sebelum anda marah-marah si dia, apa kata fahami dulu sebab musababnya.

1. Takut

Ha? Takut apa? Jangan ingat lelaki yang nampak macho tak ada perasaan ini. Bukan takut komitmen, tapi takut jika perkahwinan yang dibina nanti tak bahagia seperti yang diharapkan. Lelaki akan rasa gagal bila perkahwinannya runtuh. Mereka juga ada expectations, bukan sahaja daripada anda, tetapi daripada diri sendiri.
 

Jumaat, 22 Ogos 2014

Sebab kenapa tubuh kita memerlukan vitamin tambahan

Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!

Di sini disenaraikan 7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan.


1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.



  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...