Sabtu, 31 Mac 2012

10 negara mempunyai jumlah tentera paling ramai di dunia

Tentera adalah salah satu pertahanan terpenting dalam sesebuah negara, kerana tentera adalah penjaga kedaulatan serta penjaga wilayah dalam negara. Tentera juga memainkan peranan penting terhadap keselamatan negara, maka tak hairanlah jika negara-negara di dunia berlumba-lumba untuk mendidik banyak tentera, kerana makin banyak tentera, maka makin dalam pula kedaulatan dan ketenteraman negara tersebut.

Berikut ini saya senaraikan negara-negara dengan jumlah tentera terbanyak di dunia:

1. China
 
 

Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam.


Pekeliling Gaji Baru SSM 2012 Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam. Respon Anda?
Bermula sekitar 8 malam tadi, beberapa kandungan di laman web JPA berkenaan dengan SSM telah mula kelihatan dan sekitar seawal pukul 11 malam pula, pekeliling perkhidmatan bagi gaji baru SSM 2012 telah mula dimuat naik dan kelihatan di laman JPA. Ya…seperti yang dijanjikan. Penantikan dan kesabaran kakitangan awam sebelum ini dilihat berbaloi….

10 Tempat yang Wajib dilawati Sebagai Seorang Muslim Sebelum Mati

BIASANYA, jika ada duit lebih dan tidak tahu mahu buat apa, maka duit itu selalunya digunakan untuk melancong dan berjalan-jalan. Ada duit lebih lagi, maka ke Mekkah untuk menunaikan ibadat Haji mahupun Umrah. Selain daripada itu, adakah wujud tempat-tempat pelancongan yang lain untuk dilawati untuk mengisi masa dan menghabiskan duit dan berbaloi untuk dikunjungi? Di sini, aku ingin kongsikan kepada semua 10 tempat pelancongan yang wajib dilawati (jangan bimbang, kalau tak dapat pergi, tak berdosa) bagi seorang Muslim sebelum mati. Tempat-tempat ini bukan semata-mata kerana pelancongan sahaja, malah boleh menjadi ikhtibar bagi kita kerana 10 tempat ini ada kaitannya dengan Islam. Mari melancong bersama...

10. Dubai, UAE
 


AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah

alkurawi 
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
 

Personaliti dan Maksud Bunga



    
Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Nik Aziz Pemimpin Islam Ke-42 Paling Berpengaruh Di Dunia

Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia :

The top 50

Jumaat, 30 Mac 2012

Malaysia tersenarai antara 5 jambatan paling ngeri di dunia


1. Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia
 

 


Fakta Hari Ini - RISIKO Penggunaan Telefon Bimbit Semasa MENGANDUNG!


Saintis mendakwa wanita yang menggunakan telefon bimbit semasa mengandung berkemungkinan melahirkan anak yang hiperaktif, lapor The Sun.

Mereka percaya bahawa radiasi daripada telefon bimbit menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membawa kepada masalah daya ingatan, keresahan, dan masalah tingkah laku.


Penganggur Di Arab Saudi Di Bayar Gaji RM1600 Sebulan



Pemerintah Arab Saudi mula beri faedah baru bagi lebih daripada satu juta warganya yang menganggur di negeri yang kaya minyak itu. Besarnya faedah bulan ini meningkat 40 peratus daripada bulan sebelumnya, dan jauh lebih besar dari saat pertama kali diberikan akhir tahun lalu.

Melalui program "Hafiz," Kerajaan Saudi memberi subsidi 2000 riyal atau sekitar Rm1600per bulan selama lebih dari satu tahun kepada para penganggur. Pemberian faedah baru ini diumumkan Raja Abdullah pada Rabu, 28 Mac 2012.



Hobinya Mengumpul Buku-Buku Kecil...

Seorang lelaki, József Tari dari Hungary mempunyai hobi yang dianggap unik- iaitu mengumpul buku-buku bersaiz mikro. Beliau memuat turun buku-buku dari Internet lalu mencetak dan membuat salinan kecil buku-buku ini. Kini koleksi buku-buku kecil ini disimpan dalam sebuah perpustakaan khas di rumahnya. 

 
 

Raja Ashman Anakanda Sultan Perak Mangkat Akibat Asma

 
  Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi.

Sunnah-sunnah Hari Jumaat


uai

Hutang


Dosa berhutang tidak diampunkan Allah

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.



20 Penyakit Hati Terhadap Allah


 
 
Assalamualaikum... 

Berikut merupakan 20 penyakit hati terhadap Allah
 

Khamis, 29 Mac 2012

Rahsia Kejayaan Pengasas Kedai Sukan aL-ikhsaN

Jika anda ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda  pasti akan ternampak papan tanda besar aL-ikhsaN. Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

 
 


Imam Hoslan Islamkan 2 Banduan Dalam Penjara

NONE

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara. 

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.



Ilusi Optik Yang Membuatkan Mata Anda Berpinar !

Cuba tenung lama-lama setiap satu imej di bawah ini...apa yang anda rasa?
 





Pusaran Air Naruto di Jepun Menjadi Tumpuan Ramai

 
Di Selat Naruto, Hyogo, Jepun, terdapat pusaran air yang berlaku sepanjang pantai Shikoku kerana isi padu besar air bergerak antara Laut Seto dan Lautan Pasifik di antara air pasang serta surut digabungkan dengan geografi unik di dasar laut.

Pusaran air Naruto ini berlaku kira-kira setiap enam jam dan biasanya boleh dilihat sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang untuk tempoh satu atau dua jam. Saiz pusaran air akan jadi berbeza dan ini bergantung kepada keamatan air pasang surut.



Ekspedesi Tangkap Ular Sawa Di Sarang

Korang pernah tengok orang tangkap ular sawa kat sarang dia? Skype pernah dulu tengok tapi lupa tengok kat mana dan Skype yakin korang juga ada yang pernah tengok tapi lupa kat mana. Ok, hari ni Skype akan tunjukkan gambar orang tangkap ular sawa nie, bukan ular sawa kecik tau tapi besow beb.
Tak silap Skype, dorang nie orang-orang Afrika. Tangkap pakai tangan yang beralaskan kulit binatang jer beb. Perghhh..berani gilerkan dorang. Habis nak buat canekan, dah tu sumber rezeki dorang. Kalau kita canela agak-agak…ADE BRANI nak buat camtu? Huhuhu…

TUS1 

Resepi Muffin Coklat

Rsepi  muffin :-
.
Bahan yang anda perlukan:

250g cooking chocolate (saya suka lebih coklat)
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Qailulah .

 Qailulah
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.” 


Fakta Hari Ini - Bahaya Tersedak Susu

Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.Terbaru, kes Siti Nur Balkis Ahmad Zahir berusia tujuh bulan, yang dipercayai tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis, di bawah jagaan ibunya sendiri.

Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.
Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

 

Resepi - Telur Masin

PERNAH menjamah telur masin yang tidak menepati selera? Kurang masin atau terlalu masin? Harganya pula semakin hari semakin mahal, pasti membuatkan kita membebel tidak puas hati.
Ada juga anak perantau yang tinggal atau belajar di luar negara teringin menikmati lauk telur masin. Jika sukar, apa salahnya hasilkan sendiri telur masin.


Ramai yang tidak tahu sebenarnya tidak sukar membuat telur masin. Memang agak lama menunggu tetapi proses membuatnya tidak sukar. Pasti puas hati menikmati telur masin buatan sendiri.

Jika bimbang, hasilkan beberapa biji dulu seperti panduan berikut:


7 Amalan Sunnah Wajib Rasulullah SAW Seharian...

Assalamualaikum semua!~

Adakah anda tahu apakah amalan2 yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan Baginda setiap hari? Kepada yang tahu, baguslah... Kepada yang tidak tahu, meh saya kongsi...

1. Solat Sunat Tahajjud

Berapa ramai yang pernah melakukan solat sunat tahajjud? Dan berapa ramai yang istiqamah dalam melakukannya? Saya pasti ramai yang agak liat untuk melakukan solat sunat tahajjud kerana waktu pelaksanaannya yang bermula pada tengah malam... Tetapi itu tidak patut dijadikan alasan kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya... Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meniggalkan solat sunat tahajjud walaupun banyak perkara dan 'tugasan' yang perlu dilaksanakan pada keesokan harinya...


Suruhanjaya Khas Semak Semua Gred – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.


10 Peringatan Bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.


Rabu, 28 Mac 2012

Balik Dari Mekah, Abby Abadi Berhijrah

pix_gal0
NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri.

Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.

Limau kasturi : Banyak Khasiatnya!

 

 As- Salam
Sejak akhir-akhir, sedap pulak minum air asam boi+limau kasturi (saya suka keluaran K-Lime). So, entri kali ni, nak share tentang khasiat dan petua-petua yang menggunakan limau kasturi ni.

Nama saintifik limau kasturi ni adalah Citrus microcarpa. Nama lain dalam bahasa Melayu, ‘limau cuit’
.
 Dikatakan, limau ini berasal dari Asia Tenggara, lebih spesifiknya, di Filipina. Orang putih panggil limau ni, Calamansi =)

Ketahui Reaksi Tubuh Saat Menghisap Rokok

Sebatang rokok yang dihisap seseorang akan habis dalam 10 hembusan atau dalam waktu 5 minit. Akan tetapi, dalam tempoh sesingkat itu terdapat 4000 jenis bahan kimia yang meresapi organ-organ tubuh. Lihat reaksi yang terjadi ketika kita merokok.


Sabun Mandi Yang N Menyelerakan..

Meh tengok gambar ni.. gambar-gambar sabun mandi yang menyelerakan untuk dimakan..hahhaa

Tembok ais gergasi 65 Kaki di Jepun

Murodo-daira Tateyama, Jepun adalah satu-satunya tempat di dunia dengan kejatuhan salji yang paling banyak. Tebing salji boleh menjangkau sehingga purata tujuh meter atau 23 kaki. 


 

Yang Paling ...........

Selamat menjamu mata.. hehe!!!...


Rumah paling cantik di dunia!!..Barcelona, Spain..



Nasi Bukhari - Enak Berperisa

ASSALAMUALAIKUM....

Salam sejahtera buat semua akak2 dan adik2 yang sering berkunjung, terima kasih masih sudi menjengah walaupun tuan dapur agak slow jer menghapdet...
Okay laaa...xnak berceloteh panjang...jom berbalik kepada menu Nasi Bukhari ni.. Dah lama akak beli rempah bukhari Faiza ni, baru sekarang akak sempat buat. Banyak sangat waiting list...ntah bila nak habis dan ditunaikan kan...tengok sana sini, semua rasa nak buat. Okeh jom layan resepi yang akak buat untuk santapan seisi family yang agak ramai jugak la sekarang ni sebab anak2 dara masih ada bercuti semester...insyaAllah akhir bulan ni diaorg balik lah ke U masing-masing...

Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum. 



-  Dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman.

-  Perang Mamluk-Uthmaniyyah menukar Empayar Uthmaniyyah kepada sebuah empayar besar

- Di negara maju, peraturan pembinaan mewajibkan jurutera mengambil kira pencecairan tanah ketika mereka bentuk bangunan baharu?

Petua Untuk Membunuh Lipas

Lipas, mesti ramai yang takut dan agak geli dengan lipas ni, walaupun kecil tapi kalau ada yang boleh terbang tu memang merimaskan gak.. haha, ni ada cara-cara terbaik untuk membunuh dan menghapuskan lipas..

 

Kawal Kemarahan Cara Islam

Assalamualaikum.
  
Setiap yang bergelar manusia pasti pernah marah dan mempunyai perasaan marah. Berapa ramai yang dapat mengawalnya dengan cara yang betul. Pastinya ramai yang lebih suka melepaskan perasaan marah daripada menahannya. Di sini terdapat diantara kaedah untuk mengawal perasaan marah mengikut cara Islam.
 
 

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang bening – yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di pipi. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan dan sekaligus menghangatkan perasaan! Sebenarnya sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Seribu gurindam belum lengkap untuk mengambarkan keistimewaan Hawa.


KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLAH S.A.W


Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini.. semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Waktu Disunatkan Azan Dilaungkan

Assalamualaikum. 
 
 
Azan pada bahasa membawa maksud memberitahu atau seruan, pengistiharan dan pengumuman. Pada syarak pula azan ialah zikir yang ditentukan untuk memeberitahu telah masuknya waktu solat fardu.
 

Selasa, 27 Mac 2012

Shaima Alawadi Dibelasah Sehingga Mati Kerana Muslim Di Amerika

shaima alawadi
Shaima Al – awadi (32) ibu beranak 5 meninggal dunia akibat kecederaan parah dikepala. Anak perempuannya, Fatima al-Himidi, memberitahu bahawa ibunya telah dipukul di kepala berkali-kali dan disebelah beliau terdapat sebuah nota yang berbunyi “Go back to your country you terrorist!” (Kembalilah kepada negara anda, anda pengganas).

Wanita Mulia

Assalamualaikum wbt..
Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Kuasa Allah – Bayi Keluar Dari Dalam Lumpur Selepas Banjir

bayi keluar dari lumpur

Kejadian ini dikatakan berlaku ketika banjir besar yang berlaku di Bangladesh.  Seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak telah dihanyutkan oleh banjir dan meninggal dunia ditelenggami lumpur banjir.
Selepas beberapa hari operasi pencarian suatu keajaiban terjadi, dimana perempuan hamil yang telah mati dan tenggelam di dalam lumpur itu telah melahirkan anaknya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.

Undang – Undang Pelik Seluruh Dunia


Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan..
THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.


Baju Hujan

Meh rehatkan diri sambil layan cerita ni..

P/s: hahahha….

Asyraf & Hizbur Bimbing Calon Imam Muda 3

 
                                   Imam Muda Asyraf (kiri) dan Hizbur dipilih sebagai mentor kepada para      peserta Imam Muda 3.

Program pencarian Imam Muda (IM) musim ketiga tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan juara dan naib juara musim pertama, Asyraf dan Hizbur sebagai mursyid (mentor) kepada para peserta kali ini.

Penglibatan Asyraf dan Hizbur akan turut dibantu oleh 10 naqib (tenaga pengajar) yang terdiri daripada barisan peserta dua musim lepas iaitu Hassan, Nazrul, Fakrul, Azhar, Aran, Amar, Najdi, Nuri, Miril dan Adib.


Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?



Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick)dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?


Lima Cara Sederhana Redakan Batuk

Ada lima cara sederhana untuk meredakan batuk versi Times of India.

1. Mandi air hangat
Mandilah menggunakan air hangat kera ia dapat membuat tubuh menjadi tenang dan rileks. Anda akan terbebas dari sesak nafas  apabila melakukannya.

2. Minum banyak sup hangat
Tidak ada yang lebih baik dari ayam kukus panas atau sup sayuran untuk tubuh anda jika anda mengalami masalah selesema dan batuk. Sup panas tidak hanya akan membersihkan saluran pernafasan tetapi juga akan memberikan energi bagi tubuh.

Pekeliling JPA (Gaji SSM Baru) – JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!!

Pekeliling JPA Baru Pekeliling JPA (Gaji SSM Baru)   JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!!
Seperti tajuk laporan berita dia atas, itulah antara bait-bait sebahagian daripada kenyataan dan saranan Cuepacs supaya pekeliling JPA (gaji SSM baru) ini dikeluarkan secepat mungkin iaitu selewat-lewatnya 31 Mac 2012 ini.

Doa Kesembuhan Sakit & Penyakit

Kehidupan sebagai manusia tidak dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain dan persekitarannya.

Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun, tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat sedemikian dengan mudah membawa syirik

Bilik Tidur Remaja Seluruh Dunia

1. Lamine (12 tahun, Senegal)
Dia adalah seorang murid di sekolah kampung “Koranic school” (sekolah Al-Quran), khas untuk kanak-kanak lelaki. Di berkongsi bilik dengan remaja yang lain. a berbagi kamar dengan anak laki-laki lainnya. Tempat tidur merupakan keperluan asas bagi mereka dan dialas dengan batu-bata.
Setiap pagi pada pukul enam, mereka akan bekerja di ladang sekolah, di mana mereka belajar bagaimana untuk menggali, tanam jagung dan membajak ladang dengan menggunakan keldai. Pada sebelah petang mereka mempelajari Al-Quran. Pada masa lapang Lamine suka bermain bolasepak dengan rakan-rakannya.

2. Jamie, 9 tahun, Amerika Syarikat.


Isnin, 26 Mac 2012

Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah

Salam, 
Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah akan melanda di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah, antara kawasan yang dikesan iaitu di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah serta beberapa lagi kawan lain yang terlibat.

Red Tide aka air merah di sabah
Gambar : Google Img

Fakta Hari Ini - KANTA LEKAP:RISIKO JANGKITAN DAN KEBUTAAN

Salam,
Banyak orang suka pakai KANTA lekap ni...ada yang pakai pasai rabun dan ada yang pakai untuk nampak cantik...Kita nak pakai apa pun mesti lah kena tau cara2 dan penjagaannya betoi...Kualitinya dan kebersihannya pun amat penting supaya mata kita selamat daripada perkara2 yang tak diingini....

Inilah jadinya kalau kita pandang ringan dan tak ambik tau pasai KANTA lekap yang kita pakai .....
 
 

4 Tabiat Buruk Yang Akan Menjejaskan Kesihatan Kita

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tak cukup tidur,tak mendapatkan sarapan pagi, duduk terlalu lama, dan berada dalam keadaan yang sangat marah? Ketahuilah bagaimana faktor ini sebenarnya akan menjejaskan kesihatan kita......

Apa yang akan terjadi sekiranya kita hanya tidur kurang dari 5 jam sehari......


 
 

10 JENIS GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT.

Salam,
Kita memang tak boleh nak nampak rupa syaitan ni....kerja dia memang nak menyesatkan kita lah...... terutama sekali masa kita nak solat...
Dengan satu cara saja kita nak tau dia ada dekat kita ni....Kalau kita rasa tak boleh nak kusyuk dan asyik dok ingat macam2 dalam sembahyang kita,haaaaa memang dia dok ada dekat ngan kita la tu.....
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...