Rabu, 28 Mac 2012

Nasi Bukhari - Enak Berperisa

ASSALAMUALAIKUM....

Salam sejahtera buat semua akak2 dan adik2 yang sering berkunjung, terima kasih masih sudi menjengah walaupun tuan dapur agak slow jer menghapdet...
Okay laaa...xnak berceloteh panjang...jom berbalik kepada menu Nasi Bukhari ni.. Dah lama akak beli rempah bukhari Faiza ni, baru sekarang akak sempat buat. Banyak sangat waiting list...ntah bila nak habis dan ditunaikan kan...tengok sana sini, semua rasa nak buat. Okeh jom layan resepi yang akak buat untuk santapan seisi family yang agak ramai jugak la sekarang ni sebab anak2 dara masih ada bercuti semester...insyaAllah akhir bulan ni diaorg balik lah ke U masing-masing...

Nasi Bukhari ni sedap pada tekak kami, cukup rasa lemak dan berperisa nasi ni....akak makan tenghari sampai ke malam dengan sukatan di bawah....Cara masak lebih kurang jer la dengan nasi beriyani ke, nasi mandhi ke, nasi arab ke....bezanya rempah2 tu jer laa...Layaaann...

NASI BUKHARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Enak dimakan bersama ayam panggang halia resepi Chef Hanieliza
(nnt akak masukkan resepi dlm entry selepas ni ya...xdan laa ni.. )

Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...

Akak buat kari ala dalca daging....sebab xda kacang dhal pun, penuh sayuran jer...hehe

Enak lemak berperisa dengan bau rempah bukhari yg enak...ala2 nasi arab pun ada..
home sweethome

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...