Puasa paling lama
Dalam sejarah, waktu paling lama puasa Ramadhan terjadi di Iceland iaitu
21 jam 57 minit atau hampir 22 jam. Kedua di Sweden dengan 20 jam 57
minit atau hampir 21 jam.
Bagi Ramadhan 2015, seperti yang dipetik dari laman Emirates 24/7 pada
Rabu, 17 Jun 2015, waktu puasa terpanjang akan berlaku di Denmark dengan
21 jam, namun ia tidak akan menjadi rekod puasa terpanjang.
Iceland berada di kedudukan kedua dengan kira-kira 20 jam, bersama
Sweden dan Norway. Diikiti Belanda dan Belgium dengan 18 jam 30 minit.
Puasa di Sepanyol akan berlangsung selama 17 jam 30 minit, lalu di UK
dan Jerman 16 jam dan 30 minit. Sementara Amerika Syarikat (AS),
Perancis, dan Itali ‘hanya’ berlangsung selama 16 jam.
Menurut para ahli astronomi, bahagian utara bumi bukan sahaja akan
mengalami tempoh terpanjang puasa, tapi juga yang paling panas
sekurang-kurangnya dalam 33 tahun terakhir untuk Ramadhan ini.
Ramadhan 2015 juga disebut akan menjadi yang paling panas dalam sejarah
masa kini, dengan banyak negara kini mengalami musim panas yang ekstrem,
seperti India yang mengalami suhu sehingga 50 darjah celsius.
Tetapi musim panas di India tidak akan menjadi yang paling teruk, kerana
suhu di sebahagian wilayah Arab Saudi, disebut akan mencapai 65 darjah
celsius.
Puasa paling singkat
Bagi Ramadhan 2015, tempoh puasa paling pendek di Argentina dengan hanya
sembilan jam. Australia berpuasa selama sepuluh jam, Afrika Selatan 10
jam 30 minit, dan Brazil 11 jam.
Di Asia, waktu puasa akan berbeza-beza antara 13 jam hingga 14 jam 30 minit.
Tempoh puasa di Mesir akan menjadi yang terpanjang di kawasan Timur Tengah dengan 16 jam.
Negara-negara Arab seperti Bahrain, Arab Saudi, Tunisia dan Palestin
akan berlangsung 15 jam. Sudan akan menjadi negara Arab paling pendek
tempoh puasanya ‘hanya’ 14 jam.
Kredit: Realitiabadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan