Ahad, 21 Jun 2015

Resepi : Ikan Panggang Portugis

Bahan-bahan A:
Beberapa helai daun pisang (make sure mencukupi)
3 ekor ikan cencaru saiz sederhana besar (apa-apa jenis ikan pun boleh)
3 biji limau nipis
Garam
 
 
Bahan-bahan B:
Cili kering atau cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Belacan (if needed -ika tak letak sebab allergic belacan miahaha)
Serai
Halia
Buah keras (takde pun takpe -ika pun tak letak sebab cari dalam fridge tak jumpa --')
-kisar halus semua bahan di atas
1 or 2 teaspoon(s) of serbuk kunyit
Limau nipis (lagi)
Daun limau purut
Minyak masak
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan C:
Kicap manis (lagi) dan kicap masin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili padi secukupnya
1 biji limau nipis (lagi ihiks)
Cara-caranya:
1. Mula-mula baca bismillah dulu :)
2. Cuci daun pisang bersih-bersih, kalau rajin layurkan sehingga lembut (ika malas, ika tak layurkan pun eheeee ;D). Pastikan daun pisang tersebut bebas daripada getah supaya selamat untuk digunakan hewhew. Kemudian, basuh ikan cencaru (atau lain-lain jenis ikan) dengan bersih-bersih juga. Untuk hilangkan hanyir ikan, ika basuh dengan limau nipis dan garam. Baru ikan tu ada fefeeling bau best sikit wangi je mihmih. Dan paling penting, jangan lupa selawat masa basuh ikan tu tau. Mama selalu pesan suruh selawat bila basuh ikan ke ayam ke daging ke sayur-sayur ke dan sebagainya.
3. Ketepikan dahulu daun pisang dan ikan yang telah dibasuh.
4. Kisar halus semua bahan-bahan yang perlu dikisar. Kalau dah ada siap-siap dalam fridge lagi senang ;)
Boleh je kisar cili kering/cili merah, bawang merah dan bawang putih sahaja, pastu bahan-bahan lain tu tak payah guna. Tapi tak "Portugis" laa namanya kan hewhew
5. Panaskan minyak masak. Lepas tu, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan daun limau purut. Pastu kacau sehingga mendidih, pastikan sehingga naik bau dan wangi. Kemudian, tambah sedikit perahan limau nipis, sedikit kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
6. If rasanya dah perfect boleh tutup api dan proceed ke langkah yang seterusnya.
7. Alaskan ikan dengan daun pisang, lumurkan bahagian perut ikan dengan sambal yang telah dimasak tadi. Lumurkan juga di bahagian atas dan bawah ikan. Kemudian balut ikan tersebut sebaiknya dengan daun pisang.
8. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau panggang di atas bara api sehingga ikan masak.
9. Sementara tunggu ikan tu masak, buatkan sos untuk cicah pula. Senang je simple tahap tutup mata pun boleh siap miahahaha! Ok, ok, serious! Tuangkan kicap manis dan kicap masin ke dalam mangkuk, hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili padi kecil-kecil. Kalau tak nak pedas sangat letak sikit je cili padi. Kalau tak suka pedas, tak payah letak langsung cili padi tu hewhew. Dah sudah hiris-hiris kecil campakkan terus dalam mangkuk berisi campuran kicap tadi. Jangan lupa perahan limau nipis :)
10. Hidangkan.

Banyak kan ika guna limau nipis?
Procedure untuk setiap bahan (A, B dan C) ika gunakan limau nipis memanjang. Memang itu style nak buat ikan panggang Portugis ni. Memang ikan tu kena lumurkan dengan sambal, memang guna banyak ingredients. Sepatutnya ada rempah segala bagai sekali tapi ika tak letak hewhew. Lagi rumit kalau betul-betul nak buat style Portugis. Ni ika dah cuba simple-kan seboleh mungkin dah untuk share resepi :)
Tips untuk masakan sedap tahap sejuta kali nak rasa lagi,
sila perbanyakkan zikir dan selawat,
kemudian masak dengan penuh kasih sayang ;D
 
haneulafiqah.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...