Selasa, 30 Jun 2015

Resepi Ringkas - Kerabu Ikan Bilis Gaya Thai


Simple sahaja lauk berbuka puasa ataupu untuk bersahuuri. Kerabu Ikan Bilis, Sup Daging dan Telur Dadar. Jom tengok resepi kerabu yang mudah ni.

Bahan-bahan sos:

1 batang serai- dimayang halus
1 ulas bawang putih dimayang halus
2 sudu sos ikan- boleh gantikan dengan garam
1 sudu gula
4 biji cili padi dipotong kecil.
1 biji limau nipis ambil airnya.

*Satukan semua dan kacau sebati..sedia untuk digunakan.



Bahan-bahan kerabu:

1/4 labu bawang besar
1 biji timun/timun jepun- jika suka
1/2 biji tomato
Daun ketumbar
Ikan bilis yang digoreng rangup.




Bila hampir waktu berbuka, baru satukan dan gaul semua bahan. Siap.

 
http://duniacikguwan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...