Terletak di
perairan daerah Yan, pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat
pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu.
Pulau yang merupakan salah satu
daripada gugusan pulau indah di utara Selat Melaka itu menyimpan
khazanah laut unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni
serta terumbu karang cantik. Pulau ini sangat terkenal bagi kaki diving.
Sebelum 2008 para
nelayan dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi perairan Pulau Song
Song berikutan ia digunakan untuk tujuan latihan menembak peluru
berpandu oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia. Tentera
Udara Australia mengambil alih pulau tersebut daripada Tentera British
sejak 1940-an dan menjadikan pulau tersebut sebagai lokasi ujian
menembak peluru.
Selepas perjanjian dengan kerajaan
Malaysia tamat, pulau terbabit diserahkan kepada Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan. Kini Pulau ini telah dibuka
untuk kunjungan orang ramai tanpa sebarang halangan.
2. Pulau Bidan
Pulau Bidan merupakan salah satu dari gugusan kepulaun di daerah Yan, Kedah. Perjalanan
ke Pulau Bidan memakan masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai
atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.
Pulau
ini turut terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, lautnya
berwarna biru kehijauan dan lambaian pepohon nyiur yang mendamaikan. Antara spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.
3. Pulau Telor
Pulau Telor merupakan pulau paling kecil di antara gugusan kepulauan yang terdapat di perairan daerah Yan ini. Namun keindahan yang dimilikinya tidak kalah bandingnya dengan pulau-pulau lain di sini.
4. Pulau Bunting
Jangan terkeliru dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi. Ini adalah Pulau Bunting yang terletak di Daerah Yan, Kedah.
Pulau ini digelar Pulau
Bunting jika dilahat dari pekan Yan ia seakan-akan menyerupai rupa paras
wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau
Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau
ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita
orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah
akan dikebumikan di Pulau Bunting.
Pulau ini dihubungkan
dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap
namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular
dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk
setempat.
5. Pulau Sayak
Pulau Sayak terletak di daerah Kuala Muda berdekatan dengan tempat pelancongan popular di sini iaitu Pantai Merdeka. Selain dikelilingi oleh pantai yang indah, kawasan ini turut popular dengan hidangan 'Mee Udang Pulau Sayak'.
sumber gambar dan info: http://kulaanniring.blogspot.com/, http://mforum2.cari.com.my/, http://mabukanglers.blogspot.com/,
http://www.airfieldinformationexchange.org/, http://www.thestar.com.my/, http://intanrizal.blogspot.com/,
http://amstudio.azman.info/, http://www.panoramio.com/billy info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan